Memperkasa Latihan Perisai Kebangsaan

Memperkasa Latihan Perisai Kebangsaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Dalam usaha membantu Balai Polis Sengkurong semasa Latihan Perisai Kebangsaan baru-baru ini, Pengawasan Kejiranan Kampung Sengkurong ‘A’ dan ‘B’ telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah di sekitar dua buah kampung berkenaan pada 5 dan 6 Oktober yang lalu.

Pada 5 Oktober, rondaan pencegahan jenayah telah diadakan di kawasan Kejiranan Kampung Sengkurong ‘B’ bermula jam 9:30 malam hingga 12:30 malam. Turut hadir ialah Ketua Kampung Sengkurong A, Dr. Haji Abdullah Hanif bin OKM Dinda Haji Saman.

Kawasan rondaan melibatkan seluruh Mukim Sengkurong dengan tumpuan khas di Kampung Sengkurong ‘A’ termasuk Kampung Pasai 1, Kampung Pasai 2 dan kawasan-kawasan komersial.

Pada 6 Oktober, Pengawasan Kejiranan Sengkurong ‘B’ turut mengadakan rondaan yang turut disertai Penghulu Mukim Sengkurong/Pemangku Ketua Kampung Sengkurong B, Haji Musa bin Haji Tahir @ Haji Siti melibatkan kawasan sekitar Kampung Sengkurong ‘B’ melalui Jalan Sengkurong ‘A’ dan Kampung Selayun.

Rondaan berjalan kaki pula bermula dari Simpang 94 dan sekatan jalan juga dijalankan oleh anggota polis dari Balai Polis Sengkurong dan dibantu oleh Pengawasan Kejiranan Kampung Sengkurong ‘B’. Rondaan ini juga selesai jam 12:30 malam.

Rondaan berjalan kaki juga dibuat di Kampung Sengkurong.
Rondaan berjalan kaki juga dibuat di Kampung Sengkurong.
Rondaan berjalan kaki juga dibuat di Kampung Sengkurong.
Rondaan berjalan kaki juga dibuat di Kampung Sengkurong.
Rondaan pencegahan jenayah juga termasuk sekatan jalan.
Rondaan pencegahan jenayah juga termasuk sekatan jalan.
Mereka yang terlibat dalam rondaan pencegahan jenayah di Daerah Temburong.
Mereka yang terlibat dalam rondaan pencegahan jenayah di Daerah Temburong.

Dalam perkembangan lain, Balai Polis Bangar di Daerah Temburong juga mengadakan rondaan pencegahan jenayah bersama Pengawasan Kejiranan Batang Tuau semalam.

Rondaan ini disertai oleh Ketua Kampung Batang Tuau, Awang Jainih @ Zaini bin Haji Mohd Tahir, Imam Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar, Awang Muhammad Fairuz bin Haji Suhaile dan Inspektor Percubaan (Probationary Inspector of Police) Awangku Muhammad Adib bin Pengiran Haji Kamaruddin, yang juga Pegawai Penyelia Detektif Polis Daerah Temburong selaku ketua operasi, Pemangku Ketua Kampung Menengah, selaku Pengerusi Pengawasan Kejiranan Kampung Batang Tuau dan Seri Tanjong Belayang.

Rondaan dijalankan di kawasan Simpang Jalan Seri Tanjong Belayang, Jalan Kampung Parit Belayang, Kampung Sungai Sulok, Kampung Menengah, Kampung Sungai Tanit, Rumah Kampung Sungai Tanam, Pekan Bangar, Kampung Seri Tanjong Belayang, Kampung Batang Tuau, Kampung Puni ‘A’ dan Kampung Ujung Jalan.

Operasi percegahan jenayah berakhir jam 10:50 malam dan sepanjang operasi dijalankan, tidak ada perkara yang menyalahi undang-undang dijumpai.

ARTIKEL YANG SAMA