Memperkasa pengguna di Sarawak

Memperkasa pengguna di Sarawak

KUCHING, 15 Sept (Bernama) – Kadar penembusan perkhidmatan mudah alih di Malaysia pada masa ini melebihi 150 peratus telah memberi peningkatan kepada isu-isu perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang dihadapi oleh pengguna.

Ia dapat dilihat melalui sejumlah 147 aduan baru daripada pengguna Sarawak yang diterima oleh Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) dari bulan Januari 2014 hingga Disember 2014.

Bagi menangani peningkatan jumlah aduan tersebut, CFM mengadakan Sesi Perkongsian Maklumat Industri (KSS) Edisi Keempat di Hilton Kuching dengan objektif untuk mendidik badan bukan kerajaan (NGO) dan pengguna-pengguna di Sarawak tentang hak-hak mereka dalam perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Sebanyak 70.1% aduan mengenai Perkhidmatan dan Liputan Kurang Memuaskan termasuk aduan mengenai Bil & Caj direkodkan daripada jumlah aduan keseluruhan pada tahun 2014.

Setakat Julai tahun ini, CFM telah menerima sebanyak 77 aduan baru dari Sarawak.

Mengikut rekod CFM, terdapat peningkatan sebanyak 70% bagi aduan mengenai Tiada Liputan Perkhidmatan iaitu sebanyak 10 aduan baru diterima sehingga Julai 2015 berbanding tahun 2014.

Aduan paling tinggi yang direkodkan pada tahun 2014 adalah mengenai perkhidmatan kurang memuaskan daripada pembekal perkhidmatan, iaitu sebanyak 54 aduan diterima hanya dari Sarawak.

Pada akhir Julai tahun ini, sebanyak 31 aduan baru direkodkan bagi kategori yang sama iaitu peningkatan sebanyak 57.4% dari tahun sebelumnya.

ARTIKEL YANG SAMA