Memperkasakan industri kotej

Memperkasakan industri kotej

SERAMAI 19 orang peserta yang terdiri daripada lima orang pelatih dari Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan dan 14 orang usahawan yang mewakili beberapa buah Majlis Perundingan Kampung dan individu-individu persendirian dari Daerah Brunei dan Muara telah menamatkan ‘Program Latihan Komprehensif bagi Industri Kotej: Perkembangan dan Pemerdagangan Produk’ baru-baru ini.

Program latihan selama lima hari itu, yang mana bermula pada 29 Ogos, telah dianjurkan oleh Universiti Teknologi Brunei (UTB) sebagai salah satu inisiatif-inisiatif Penglibatan Masyarakat. Program tersebut direka khusus untuk para usahawan dalam industri kotej yang terlibat dalam pengeluaran dan sektor tenunan.

Matlamat-matlamat program tersebut adalah untuk melengkapi para peserta dengan ilmu dan kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka menghasilkan produk-produk yang lebih kreatif dan inovatif, mampu memberikan saingan dalam pasaran.

Gambar ramai para peserta yang telah berjaya menamatkan program latihan tersebut.
Gambar ramai para peserta yang telah berjaya menamatkan program latihan tersebut.

Program itu juga menggalakkan kerjasama dan perkongsian ilmu pengetahuan antara pelbagai agensi untuk memperkasakan lagi perusahaan kotej; dan menyokong usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara.

Program praktikal itu dikendalikan oleh kakitangan akademik UTB dan modul-modul yang disampaikan termasuk Komunikasi Berkesan, Reka Bentuk Kreatif, Proses dan Sistem Penghasilan, Penjenamaan Dalaman dan Luaran.

Tiga kumpulan lain, seramai 60 orang peserta, terdiri daripad ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung dan usahawan kotej persendirian dari Daerah Belait, Tutong dan Temburong, dan para pelatih dari Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan juga akan menjalani latihan yang sama dalam tiga sesi lain yang dijadualkan pada bulan Oktober, November dan Disember tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA