Memperkaya ekonomi berdaya saing

Memperkaya ekonomi berdaya saing

TEMBURONG, 12 Okt – Ahli-ahli majlis perundingan mukim (MPM) dan kampung (MPK) dipercayai boleh memainkan peranannya dengan baik sebagai badan penggerak kemasyarakatan yang merangkumi dalam semua bidang terutamanya di bidang ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan agama.

Justeru itu, dalam memperkaya sektor perekonomian ke arah yang lebih berdaya saing, Bahagian Institusi Mukim dan Kampung dengan kerjasama Badan Kemajuan Industri Brunei cawangan Daerah Temburong telah mengendalikan kursus asas penyediaan rancangan perniagaan bagi ahli-ahli jawatankuasa projek perekonomian majlis perundingan mukim dan kampung.

Kursus selama tiga hari itu berakhir hari ini dengan majlis penyampaian sijil kepada para peserta yang disempurnakan oleh Pegawai Daerah Temburong, Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah.

Antara peserta kursus berkenaan ialah ahli-ahli MPK yang terpilih dalam pertandingan Anugerah Kampung Cemerlang iaitu MPK Senukoh, MPK Lepong Baru, MPK Sibut, MPK Belais dan Buda-Buda, MPK Menengah dan MPK Batu Apoi. – Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

Haji Abdul Hamid ketika berucap di majlis penyampaian sijil yang diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Temburong.
Haji Abdul Hamid ketika berucap di majlis penyampaian sijil yang diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Temburong.

ARTIKEL YANG SAMA