Memperkenalkan kursus-kursus KIGS

Memperkenalkan kursus-kursus KIGS

Oleh Hardy AJ

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Dalam usaha untuk memperkenalkan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Kolej International Graduate Studies (KIGS), rombongan pegawai-pegawai kanan dari kolej berkenaan baru-baru ini telah membuat kunjungan muhibah ke Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI).

Kunjungan rombongan tersebut yang terdiri daripada Ketua Fakulti Art and Design, Dr. Malai Yunus bin Malai Yusof, Ketua Fakulti Multimedia dan Penyiaran, Haji Hasnul bin Hamdan serta pensyarah kolej berkenaan, Dayang Suzana, Awang Hassanal dan Awang Ijojji Nordin telah disambut oleh guru-guru STPRI, Haji Mohd Shouef bin Haji Abdul Karim dan Haji Mohd Shukri bin Haji Marzuki.

Dalam perjumpaan itu, rombongan KIGS memberi pendedahan tentang kursus-kursus baru yang ditawarkan oleh kolej berkenaan dan kelayakan-kelayakan yang dikehendaki untuk permohonan kursus-kursus tersebut dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Haji Hasnul menyampaikan cenderahati kepada Haji Mohd Shukri.
Haji Hasnul menyampaikan cenderahati kepada Haji Mohd Shukri.

ARTIKEL YANG SAMA