Mempertingkat keinsafan diri

Mempertingkat keinsafan diri

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Bersempena dengan Bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini, Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Qiamullail di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis, Madang, hari ini.

Hadir di majlis yang berlangsung pada pukul 3 pagi itu ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut hadir ialah Rektor UNNISA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal; Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Haji Abdul Rahim bin Derus, para pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

Program Qiamullail ini dikendalikan bersama oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum, Bahagian Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan dan Urus Setia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan.

Program antara lain bertujuan untuk melahirkan insan yang mencintai Allah dan Rasul-Nya serta mentaati perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, di samping menimbulkan kesedaran betapa pentingnya ibadah dalam kehidupan dan menambahkan keinsafan dalam diri.

pg03_150713_a

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar bersama-sama warga Kementerian Pendidikan semasa Qiamullail di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis, Madang malam tadi.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar bersama-sama warga Kementerian Pendidikan semasa Qiamullail di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis, Madang malam tadi.

Selain itu, ia juga diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Kementerian Pendidikan dan masyarakat kampung.

Program Qiamullail ini diisikan dengan melakukan solat iftitah, solat taubat, solat tahajud yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Haji Nuzli bin Hj Jumat.

Majlis diteruskan dengan kuliah Subuh bertajuk ‘Lailatul Qadar’ yang disampaikan oleh Pensyarah Universiti Sultan Sharif Ali (UNNISA), Dr Kamarussalam bin Yusuf dan diteruskan dengan bersahur bersama dan menunaikan Sembahyang fardu Subuh berjemaah.

ARTIKEL YANG SAMA