‘Memucang-mucang’ bersihkan kawasan tadahan air

‘Memucang-mucang’ bersihkan kawasan tadahan air

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan menjaga kebersihan kawasan kampung, aktiviti ‘memucang-mucang’ membersihkan tadahan air ‘Kolam Pulau Langsat’ di Simpang 59 Jalan Maharaja Dinda Kampung Sengkurong ‘A’ telah diadakan kelmarin.

Aktiviti anjuran bersama Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalam dengan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkurong ‘A’ itu turut disertai oleh para penduduk Mukim Sengkurong, Pasukan Sukarela Mukim Sengkurong (SUMUS) yang dihadiri bersama oleh penghulu Mukim Sengkurong dan ketua-ketua kampung di bawah mukim berkenaan dengan bantuan beberapa buah sukarelawan syarikat tempatan.

Bermula jam 8 pagi hingga 11 pagi, aktiviti diketuai oleh Pegawai Kanan Jabatan Saliran dan Pembentungan, JKR, Awang Vincent Kong dan Ketua Kam-pung Sengkurong ‘A’, Dr. Haji Abdullah Hanif bin OKMD Haji Saman.

Aktiviti ‘memucang-mucang’ membersihkan tadahan air ‘Kolam Pulau Langsat’ di Kampung Sengkurong ‘A’.
Aktiviti ‘memucang-mucang’ membersihkan tadahan air ‘Kolam Pulau Langsat’ di Kampung Sengkurong ‘A’.

ARTIKEL YANG SAMA