Memudahkan pengurusan jenazah

Memudahkan pengurusan jenazah

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Okt – Masjid Paduka Seri Begawan Omar ‘Ali Saifuddien, Kampung Katimahar kini mempunyai tempat pengurusan jenazah yang telah dirasmikan baru-baru ini, bersempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1438.

Hadir merasmikan tempat pengurusan jenazah berkenaan ialah Imam Masjid Paduka Seri Begawan Omar ‘Ali Saifuddien, Kampung Katimahar, Haji Hassan bin Haji Taha.

Tempat pengurusan jenazah ini dibina untuk memudahkan orang ramai khususnya penduduk Kampung Katimahar dan sekitarnya seperti Kampung Kulapis, Kampung Lugu dan Kampung Tanjong Nangka dalam menguruskan jenazah seperti memandikan jenazah.

Tempat pengurusan jenazah telah siap dibina bagi memudahkan orang ramai menguruskan jenazah dengan sempurna.
Tempat pengurusan jenazah telah siap dibina bagi memudahkan orang ramai menguruskan jenazah dengan sempurna.

Ini kerana, sejak akhir-akhir ini, masjid berkenaan sering kali digunakan bagi tujuan menguruskan jenazah, oleh itu, di atas keprihatinan pihak masjid, mereka telah membina sebuah tempat khusus bagi memudahkan orang ramai menguruskan jenazah dengan sempurna.

Dalam pada itu, pihak masjid turut menyampaikan penghargaan terima kasih kepada orang ramai termasuk penduduk kampung berkenaan yang memberikan sumbangan derma dan wakaf bagi membina tempat pengurusan jenazah.

Hampir 200 orang jemaah masjid telah menghadiri majlis berkenaan yang turut diselajurkan dengan membaca Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah 1438 sebelum majlis perasmian.