Menang $2,000 dalam promosi Mitsubishi

Menang $2,000 dalam promosi Mitsubishi

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Awang Mohammad Shukardy bin Mohd Yusof memenangi baucar tunai bernilai $2,000 apabila terpilih sebagai pemenang utama dalam cabutan kedua Promosi Mitsubishi ‘Be More. Get More’ anjuran GHK Motors Sdn Bhd.

Dalam majlis cabutan yang berlangsung di bilik pameran Mitsubishi, Beribi itu, Awang Abdul Majid bin Haji Metali dan Awang Nazry bin Emran, masing-masing membawa pulang baucar bernilai $1,000 dan $500 selaku pemenang kedua dan ketiga.

Cabutan nama pemenang dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Jualan Bahagian Mitsubishi, Pengiran Halaluddin bin PM Dato Shariffuddin di hadapan lebih 100 orang pelanggan GHK yang membeli kereta Mitsubishi Attrage dan Mirage sepanjang tempoh promosi bermula 15 April hingga 15 Jun lalu.

Dalam promosi ini, pelanggan yang membeli salah satu model Mitsubishi berkenaan, bukan sahaja berpeluang menyertai cabutan bertuah malah mendapat baucar pembelian minyak bernilai $100.

Gambar ramai tiga pelanggan bertuah dalam cabutan kedua promosi Be More. Get More, bersama Pengiran Halaluddin.
Gambar ramai tiga pelanggan bertuah dalam cabutan kedua promosi Be More. Get More, bersama Pengiran Halaluddin.
Antara yang hadir di majlis cabutan tersebut, kelmarin.
Antara yang hadir di majlis cabutan tersebut, kelmarin.

Selain itu, pelanggan turut diberikan tawaran istimewa untuk bodykit model Attrage bernilai $1,000 dan $500 bagi model Mirage. Potongan istimewa turut ditawarkan bagi beberapa model Mitsubishi.

Orang ramai boleh berkunjung ke bilik pameran untuk mengetahui lanjut mengenai promosi yang ditawarkan atau menghubungi talian 2423423 pada waktu bekerja atau mengikuti akaun Facebook (https;//www.facebook.com/mitsubishimotorsGHK).