Menang anugerah TripAdvisor

Menang anugerah TripAdvisor

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – The Capital Residence Suites, sebuah hotel sederhana di ibu negara telah menerima Anugerah TripAdvisor Certificate of Excellence Winner 2015 atas kecemerlangan dalam layanan.

Pengurus Besar Capital Residence Suites, Abdul Rani bin Siteh berkata, anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap perkembangan dan perkhidmatan cemerlang yang konsisten yang dialami oleh tetamu sepanjang menginap di hotel tersebut.

Sejak hari perasmian hotel tersebut sekitar 20 tahun lalu, ia berbangga dalam menawarkan bilik-bilik dan kemudahan yang berkualiti selain perkhidmatan peribadi yang terbaik.

Ia juga diiktiraf sebagai pusat sosial bagi komuniti dan memudahkan permintaan komuniti bagi penginapan yang berkonsepkan “Home Sweet Home,” dengan perkhidmatan peribadi, mesra dan baik, kata Abdul Rani.

Pengurus Besar Capital Residence Suite, Abdul Rani (tengah) ketika sesi temu ramah dengan media.
Pengurus Besar Capital Residence Suite, Abdul Rani (tengah) ketika sesi temu ramah dengan media.

Dengan identiti serbaguna, The Capital Residence Suites mampu untuk bertapak, dengan memperkenalkan industri layanan terbaru dengan Standard Keselamatan dan Kesihatan serta Persekitaran sebagai keutamaan mereka.

Hotel tersebut turut menawarkan perkhidmatan pengangkutan serta kedudukannya yang strategik berhampiran dengan beberapa tempat pelancongan di sekitar Bandar Seri Begawan, The Capital Residence Suites juga “terselindung” daripada kesesakan dan kesibukan bandar.

ARTIKEL YANG SAMA