Menang cabutan bertuah Trivia Okt

Menang cabutan bertuah Trivia Okt

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Tiga peserta cabutan bertuah Trivia bagi bulan Oktober telah terpilih untuk memenangi beberapa hadiah menarik daripada pihak perkhidmatan Ad-Talk, selepas menyertai aktiviti bulanan mereka ‘Friends of Ad-Talk’ di laman sosial Facebook.

Sehubungan itu, Perkhidmatan Ad-Talk baru-baru ini telah menyerahkan hadiah-hadiah berkenaan kepada para pemenang bertuah Trivia mereka.

Pemenang pertama, Mohd Ali Syu’aib bin Ali Amat, menerima hadiah barangan berupa Speaker Multimedia Logitech Z200, manakala pemenang kedua, Miss Annie Koh pula membawa pulang barangan Oster MyBlend Personel Blender, dan iPod Shuffle 2GB dimenangi oleh Siti Norwathiqah binti Mohd sebagai pemenang tempat ketiga. Kesemua hadiah disampaikan oleh Eksekutif Jualan Perkhidmatan Ad-Talk, Valerie Hu.

Valerie Hu bersama para pemenang dengan hadiah masing-masing.
Valerie Hu bersama para pemenang dengan hadiah masing-masing.

Perkhidmatan Ad-talk telah ditubuhkan pada bulan Januari 2013, merupakan sebuah agensi pengiklanan yang menggunakan pendekatan pengiklanan yang berkesan untuk menyalurkan mesej pemasaran pelanggan mereka kepada orang ramai melalui restoran dan kedai makanan dengan nilai terbaik untuk wang.

Setakat ini perkhidmatan Ad-talk mempunyai papan tanda digital yang dipasang di lebih 49 restoran di seluruh negara, dan ia akan terus diperkembangkan dan diperluaskan lagi melalui media sosial seperti Facebook.

“Dengan semudah menekan butang ‘like’ bagi ‘Friends of Ad-Talk’ di Facebook, orang ramai akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik.” Kata Valerie.

ARTIKEL YANG SAMA