Menang jam tangan bernilai lebih $6,000

Menang jam tangan bernilai lebih $6,000

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Jam tangan wanita jenama Rolex yang bernilai lebih $6,000 menjadi milik Awang Hazrin Hadi bin Haji Hamzah, apabila berjaya memilih sampul bertuah pada Cabutan Akhir dan Penyampaian Hadiah bagi promosi HP Buy Original & Win siri ke-5.

Acara yang berlangsung di salah sebuah hotel di Gadong, hari ini itu menyaksikan 23 orang pelanggan berentap untuk merebut salah satu daripada tiga hadiah teratas dalam cabutan akhir tersebut.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam cabutan tersebut ialah Pengarah Urusan, Sulaiman Development Services Sdn Bhd, Haji Sulaiman bin Haji Ahai.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Awang Mohd Zamri bin Haji Sulaiman yang diwakili oleh isteri beliau memenangi jam tangan lelaki jenama Breitling yang bernilai kira-kira $4,000.

Awang Hazrin Hadi apabila menerima hadiah daripada Haji Sulaiman.
Awang Hazrin Hadi apabila menerima hadiah daripada Haji Sulaiman.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Dayangku Hajah Siti Tiawa binti Pengiran Haji Munap membawa pulang jam tangan wanita jenama Omega bernilai kira-kira $3,000. Sementara itu, 20 pemenang lain juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila Berjaya membawa pulang hadiah berupa barangan HP.

Promosi ini merupakan usaha berterusan HP melalui pengedar Brunei untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pelanggan Brunei cara-cara untuk mengetahui kartrij dakwat HP dan kartrij cetak HP tiruan yang dijual di pasaran pada masa ini.

Kesedaran ini amat penting kepada pengguna mesin cetak HP kerana ia akan melindungi kepentingan dan pelaburan mereka.

Promosi HP Buy Original & Win ini bermula pada 15 April 2016 dan berakhir pada Ogos 2016 yang mana cabutan untuk mengikuti cabutan akhir diadakan pada 1 September 2016 di Pejabat Sulaiman Development Services Sdn Bhd.

ARTIKEL YANG SAMA