Menang pakej percutian

Menang pakej percutian

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Dis – Tiga orang pelanggan GHK Motors Sdn Bhd yang membeli sama ada Mitsubishi Attrage atau Mirage, telah memenangi pakej percutian ke tiga destinasi menarik apabila dipilih sebagai pemenang dalam cabutan bertuah ‘Win a Holiday’.

Dalam majlis cabutan yang berlangsung di Bilik Pameran Mitsubishi Motors, Gadong, hari ini, Awang Sukri bin Nayan memenangi hadiah pertama berupa pakej percutian ke Jakarta untuk dua orang.

Beliau yang merupakan pelajar Politeknik Brunei dalam bidang paramedik dan datang seorang diri ke cabutan bertuah pagi tadi tanpa menaruh harapan tinggi, melahirkan perasaan tidak menyangka dapat memenangi hadiah utama tersebut.

Sementara itu, tempat kedua, Dayang Lini Lina binti Hussin membawa pulang pakej percutian ke Kuala Lumpur untuk dua orang dan Awang Mohd Akbar Khan memenangi pakej percutian ke Kota Kinabalu untuk dua orang selaku pemenang ketiga. Kesemua pakej percutian tersebut termasuk tempat penginapan.

Bergambar ramai bersama para pemenang.
Bergambar ramai bersama para pemenang.
Awang Sukri memenangi tiket percutian ke Jakarta untuk dua orang.
Awang Sukri memenangi tiket percutian ke Jakarta untuk dua orang.

Hadir membuat cabutan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengurus Jualan Mitsubishi, Pengiran Halaluddin bin Pengiran M.Dato Shariffuddin.

Sepanjang promosi ini, pelanggan yang membeli Attrage dan Mirage menerima bayaran ansuran percuma selama dua bulan di samping diberikan baucar petrol bernilai $100 dan juga berpeluang mendapat promosi istimewa bagi pemasangan bodykits.

Untuk mengetahui lebih lanjut, orang ramai bolehlah mengunjungi Bilik Pameran Mitsubishi Motors atau menghubungi talian 2423423 semasa waktu pejabat atau melayari laman Facebook Mitsubishi Motors di http://www.facebook.com/mitsubishimotorsGHK.

ARTIKEL YANG SAMA