Menang Pertandingan Cosplay CXM

Menang Pertandingan Cosplay CXM

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Dua orang warga tempatan telah berjaya memenangi tempat pertama dan ketiga dalam Pertandingan Cosplay Pameran Koleksi Miri ‘Collectors Exhibition Miri’ (CXM) 2016 yang berlangsung di Bintang Megamall Miri, Sarawak, Malaysia, semalam.

Nio Tan, dengan cosplay sebagai Saber dari animasi Fate Stay Night memenangi tempat pertama manakala itu, Suok Jiuan yang membawakan watak Junko Enoshima dari animasi Dangan Ronpa berada di tempat ketiga.

Dalam kenyataan yang diberikan, Nio Tan melahirkan perasaan gembira dengan kemenangan yang diperoleh dan menurutnya, beliau mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan pakaiannya itu.

Nio Tan menerima hadiah kemenangan daripada penganjur CXM.
Nio Tan menerima hadiah kemenangan daripada penganjur CXM.

Katanya lagi, pertandingan tersebut menandakan penyertaan pertama beliau menyertai pertandingan di luar negara.

Pameran Koleksi Miri (CXM) dianjurkan oleh NAJA Enterprise dan mempamerkan pemain cosplay jemputan dari Thailand dan Jepun.