Menang semua Grand Slam tidak mustahil – Djokovic

Menang semua Grand Slam tidak mustahil – Djokovic

DOHA, 8 Jan (AFP) – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic semalam menegaskan bahawa ia adalah mungkin untuk memenangi kesemua empat pertandingan Grand Slam dalam semusim selepas menutupnya dengan sukar pada 2015.

Pemain itu, 28, memenangi Terbuka Australia dan AS, begitu juga dengan Wimbledon musim lalu tetapi terlepas untuk menjadi pemain pertama sejak Rod Laver pada 1969 untuk mencapai kemenangan bersejarah apabila tewas dalam Terbuka Perancis kepada Stan Wawrinka.

Ditanya jika dia akan mencapai Grand Slam pada 2016, Djokovic berkata: “Saya rasa segalanya akan dicapai. Jika anda percaya, anda tahu, dedikasikan diri anda kepadanya, mengapakah tidak?

“Mengapakah tidak merealisasikannya dan berharap untuknya berlaku? Tetapi satu perkara adalah untuk mahukannya dan satu lagi untuk mencapainya.

“Ia masih lagi awal bagi saya untuk bercakap mengenai Grand Slam dalam masa setahun. Anda tahu, ia adalah sesuatu yang luar biasa, tetapi adalah mustahil.

Djokovic ketika menjulang Terbuka Australia tahun lepas. - Reuters
Djokovic ketika menjulang Terbuka Australia tahun lepas. – Reuters

“Saya memiliki pemikiran seperti itu,” jelasnya.

“Saya hanya terlepas satu pertandingan pada tahun lepas. 2011 saya memenangi tiga dari empat Grand Slam. Saya bukanlah satu–satunya yang melakukannya. Sudah tentu Roger (Federer) dan Rafa (Nadal) berada dalam keadaan yang sama. Jadi kita akan lihat.”

Djokovis bercakap selepas mara ke separuh akhir Terbuka Qatar dengan menewaskan Leonardo Mayer dari Argentina, 6-3, 7-5.

Pemain dari Serbia itu mendominasi pertandingan tenis lelaki pada 2015, juga menghasilkan kemaraan ke final 15 kali dalam jelajah dan memenangi lebih dari AS$21 juta bagi hadiah wang, begitu juga dengan kejayaannya dalam pertandingan utama.

Dia mula mempertahankan gelaran Terbuka Australia lewat bulan ini.