Menara terbakar di Abu Dhabi

Menara terbakar di Abu Dhabi

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 31 Ogos – Sebuah bangunan tinggi dalam struktur pembinaan di Abu Dhabi terbakar semalam, insiden terbaru dalam siri kebakaran menara di Emiriah Arab Bersatu.

Kebakaran itu bermula lewat pagi di bangunan yang memiliki ketinggian lebih daripada 20 tingkat, yang kelihatan hampir siap di pulau utama pencakar langit di ibu kota Emiriah. Asap hitam yang tebal boleh dilihat dari menara tersebut.

Akhbar harian milik kerajaan The National melaporkan bahawa beratus-ratus buruh telah dipindahkan dari bangunan itu berikutan dengan penutupan kawasan sekitarnya oleh pihak berkuasa.

Asap mulai naik dari kebakaran yang berlaku Sebuah bangunan tinggi dalam struktur pembinaan di Abu Dhabi semalam. – AP
Asap mulai naik dari kebakaran yang berlaku Sebuah bangunan tinggi dalam struktur pembinaan di Abu Dhabi semalam. – AP

Tetamu dan pengunjung dari hotel bersebelahan dengan bangunan terbakar itu telah dipindahkan di beberapa buah hotel lain di sekitar bandar tersebut.

Walau bagaimanapun tiada sebarang laporan mengenai kecederaan.

Bandar di Emiriah yang pesat membangun itu telah dilanda beberapa siri kebakaran pada tahun-tahun kebelakangan ini, termasuk satu di sebuah menara kediaman di Dubai bulan lalu dan satu lagi di sebuah hotel mewah bersebelahan dengan pusat membeli-belah terbesar di bandar ini pada malam Tahun Baru. – AP

ARTIKEL YANG SAMA