Menarini, MSD lanjut perkongsian global

Menarini, MSD lanjut perkongsian global

SINGAPURA, 9 Jun – A. Menarini Asia-Pacific Holdings Pte Ltd (“Menarini Asia-Pacific”) yang berpangkalan di Singapura dan MSD telah memulakan perkongsian pelbagai tahun bagi Menarini Asia-Pacific untuk mengambil alih jualan, pemasaran dan pengedaran bagi beberapa jenama farmaseutikal MSD di rantau Asia Pasifik sejak Januari 2016.

Perkongsian itu melibatkan enam (6) buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong, Brunei dan Macau dengan jualan tahunan melebihi USD70 juta(1) yang berpotensi diperluaskan ke pasaran Asia Pasifik utama yang lain.

Perkongsian itu meliputi satu portfolio bagi jenama-jenama yang diiktiraf di kalangan pakar-pakar perubatan dan pesakit, dari Kardiologi, Pernafasan dan Kesihatan Wanita kepada Sistem Saraf Pusat dan Dermatologi.

Sebelum perjanjian ini, Menarini dan MSD telah membangunkan perkongsian yang serupa dalam beberapa pasaran lain di Eropah.

“Menarini teruja mengenai perkongsian yang diperluaskan itu kepada Rantau Asia Pasifik yang akan membantu mengukuhkan lagi kerjasama global kami dengan MSD.

MSD adalah sebuah rakan yang berkongsi nilai teras yang sama dalam menegakkan budaya integriti dan mengekalkan standard etika yang paling tinggi dalam cara kami menjalankan perniagaan.

Portfolio MSD bukan sahaja melengkapkan jenama kami yang sedia ada dan mengembangkan kategori terapeutik kami dan, berikutan kehadiran dan keupayaan kami yang meluas di Rantau itu, saya yakin bahawa ia akan membolehkan kami untuk mempercepatkan pertumbuhan kami, kata Dr. Luca Lastrucci, Ketua Pegawai Eksekutif Menarini Asia-Pacific.

“Menarini telah menjadi sebuah rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk MSD dengan nilai-nilai sama yang dikongsi bersama, satu tapak jualan dan pemasaran yang mantap, dan rekod perkhidmatan yang cemerlang di rantau itu. Kami yakin bahawa mereka akan mengembangkan jenama-jenama ini dan meningkatkan akses bagi pesakit kepada ubat-ubatan penting ini,” kata Jan Van Acker, Presiden, MSD Asia Pasifik. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA