Mencari pasukan terhebat Zon 2

Mencari pasukan terhebat Zon 2

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Nov – Masjid Kampung Kapok dengan kerjasama Zon 2A kelmarin telah mengadakan perlawanan saringan Futsal Piala Pengarah dan perlawanan bagi Piala Zain bertempat di dua tempat iaitu di Masjid Kampung Kapok dan Padang Mini, Sekolah Rendah Kapok.

Bagi Perlawanan Futsal piala pengarah, ia dibukakan pada ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan pegawai-pegawai masjid yang mana dimenangi oleh Masjid Setia Ali, Zon 2B pula di tempat kedua dan Masjid Kapok di tempat ketiga.

Hadir bagi menyampaikan hadiah perlawanan Futsal Piala Pengarah itu ialah Ketua Kampung Kapok, Haji Merali bin Haji Ahmad.

Sementara bagi Perlawanan Futsal Piala Zain pula dibukakan kepada belia-belia masjid Zon 2A dan Zon 2B.

Dalam saingan tersebut, Masjid Salambigar telah mendapat tempat pertama, diikuti Masjid Kampung Kapok di tempat kedua dan Masjid Batu Marang di tempat ketiga.

Masjid Salambigar yang menjuarai Futsal Piala Zain peringkat saringan anjuran Masjid Kampung Kapok dengan kerjasama Zon 2A.
Masjid Salambigar yang menjuarai Futsal Piala Zain peringkat saringan anjuran Masjid Kampung Kapok dengan kerjasama Zon 2A.

Hadir menyampaikan hadiah bagi perlawanan tersebut ialah Ketua Imam Masjid Kampung Kapok, Haji Shahbirin bin Haji Mohd Noor.

Adapun tujuan perlawanan diadakan adalah untuk mencari pasukan yang terhebat bagi mewakili Zon 2 untuk terus mara ke peringkat kejohanan Piala Zain anjuran Jabatan Hal Ehwal  Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah yang akan berlangsung pada 10 Januari ini nanti.

Selain itu, perlawanan tersebut adalah untuk menyatukan kesefahaman di antara pemain-pemain dalam setiap pasukan dan mencari bakat serta memberikan pengalaman dalam perlawanan bola sepak di peringkat yang lebih besar.

ARTIKEL YANG SAMA