Mencari pemenang bertuah ke Perth

Mencari pemenang bertuah ke Perth

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Seramai 12 pelanggan bertuah yang menyertai promosi ulang tahun ke-60 penerbangan Singapura, Promosi Bersama SQ/BBB/ATTA, telah dipilih untuk menghadiri cabutan bagi memenangi tiket penerbangan ke Perth.

Cabutan nama-nama bertuah berkenaan telah diadakan di Pejabat Anthony Tours, hari ini, yang dihadiri oleh Pengurus Perhubungan Jenama Kad dan Pemasaran Perbankan Perniagaan Baiduri Bank, Michelle Lo, Pengurus Perbankan Perniagaan, Davern Lim, Ketua Jualan Syarikat Penerbangan Singapura Brunei, Wong Siaw Ling serta Pengarah Eksekutif Anthony Tours and Travel Agency Sdn Bhd, Sherylyn Liu.

Pelanggan bertuah yang dipilih ialah Azindah Haji Danjang, Choo Kim Chong, Foo Jong Wah, Goh Mei Ling, Han Chock Mee, Han Hiew Kwang, Haji Ishkandar Ali Ahmad, Lim Shia Khim, Mika Suyama, Nurul Shaeedah Azizah Mohd Terang, Patrick Soon dan See Nen Guan.

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan di Pusat Latihan Baiduri Bank, Kiarong pada 24 Jun ini, di mana, di samping hadiah utama, para pemenang bakal menerima hadiah wang tunai $300.

Michelle Lo mencabut nama pemenang yang bakal menerima hadiah masing-masing 24 Jun 2015 ini nanti.
Michelle Lo mencabut nama pemenang yang bakal menerima hadiah masing-masing 24 Jun 2015 ini nanti.

ARTIKEL YANG SAMA