Mendapat sambutan luar biasa

Mendapat sambutan luar biasa

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 18 Sept – Acara Perlumbaan Bot Laju yang diadakan pada tahun ini telah menghidupkan semula acara yang pernah diadakan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Penabai/Kuala Tutong sejak 10 tahun yang lalu iaitu Pesta Nelayan dan tidak menyangka acara sedemikian telah mendapat sambutan yang meriah.

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Kampung Sengkarai, Haji Mumin bin Abdul Razak yang juga selaku Pemangku Ketua Kampung Penabai/Kuala Tutong merangkap sebagai Penghulu Mukim Pekan Tutong ketika mengimbas kembali pengalaman acara MPK sejak dulu lagi.

Menurut Haji Mumin lagi, acara seperti ini dapat mengaktifkan semula aktiviti-aktiviti MPK Penabai/Kuala Tutong dan sekitarnya seperti mengikuti jualan di acara perlumbaan bot laju di samping mengikuti perlumbaan tersebut.

Beliau ketika ditemu bual tidak menyangka perlumbaan bot laju seperti ini sangat meriah dan ingin meminta maaf kepada orang ramai selaku wakil ahli jawatankuasa jika sekiranya terdapat kesesakan lalu lintas yang tidak terkawal kerana mereka tidak menjangka sambutan daripada orang ramai begitu menggalakkan.

Aksi perlumbaan yang penuh mendebarkan yang disertai oleh peserta-peserta dari dalam dan luar negara.
Aksi perlumbaan yang penuh mendebarkan yang disertai oleh peserta-peserta dari dalam dan luar negara.
Johan salah satu kategori menerima piala daripada tetamu kehormat.
Johan salah satu kategori menerima piala daripada tetamu kehormat.
Tetamu kehormat ketika menyampaikan hadiah kepada juara setiap kategori.
Tetamu kehormat ketika menyampaikan hadiah kepada juara setiap kategori.
Pelumba bot veteran menerima hadiah daripada tetamu kehormat.
Pelumba bot veteran menerima hadiah daripada tetamu kehormat.
Haji Mumin ketika ditemu bual oleh wartawan Media Permata.
Haji Mumin ketika ditemu bual oleh wartawan Media Permata.

Beliau berharap acara sedemikian dapat dihidupkan kembali dan diteruskan pada masa akan datang dengan menampilkan belia-belia kampung yang aktif dalam acara tersebut. Di samping itu, acara seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk yang tinggal di Kampung Penabai dan sekitarnya.

Selain itu, acara seperti ini juga dapat meningkatkan nama kampung itu sendiri kerana di samping mengadakan acara sukan air seperti ini, ia juga dapat dijadikan sebagai sumber pelancongan bagi orang luar yang ingin ikut serta dalam acara perlumbaan bot laju dan seterusnya dapat memajukan ekonomi kampung.

ARTIKEL YANG SAMA