Mendapatkan semula keyakinan pelabur

Mendapatkan semula keyakinan pelabur

TOKYO, 14 Julai (AFP) – Greece hari ini membayar beberapa siri “bon samurai” kepada pelabur Jepun dalam usaha untuk mendapatkan semula keyakinan pelabur, walaupun gagal membayar bayaran kedua kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam jangka dua minggu.

Bank gergasi Mizuho berkata Athens memindahkan 20 bilion yen (AS$160 juta) untuk menampung hutang denominasi yen sehari selepas Greece bersetuju satu perjanjian dengan pemiutangnya untuk menampung jumlah tunai jaminan.

Bon tersebut, dikeluarkan kepada pelabur-pelabur Swasta oleh kerajaan Greece dua dekad lalu, telah matang hari ini.

Pasaran berminat untuk melihat jika Athen akan menghargai hutang tersebut, yang rendah berbanding dengan yang dihutangi kepada IMF dan Kesatuan Eropah.

“Pagi ini, kami mengesahkan, sebagai pentadbir bon, yang kami telah menerima 20 bilion yen dalam pokok dan faedah,” jurucakap Mizuho memberitahu. “Sekarang kami telah memulakan proses memulangkan kembali hasil kepada pelabur.”

Pertama dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Asia pada 1970, bon samurai menawarkan jalan untuk memanfaatkan pelabur Jepun dengan mengeluarkan hutang dalam mata wang negara itu sendiri.

Pada 2001, Argentina gagal dalam beberapa siri bon denominasi yen sementara broker AS Lehman Brothers gagal untuk membuat sebarang keuntungan pada bon samurai 2008.

Greece “mahu mendapatkan akses kepada pasaran modal dengan memenuhi tanggungjawabnya kepada pelabur swasta,” kata Sayuri Ito, penyelidik kanan di Institut Penyelidikan NLI di Tokyo.

Tetapi Ito memberi amaran sebarang bon baru yen dikeluarkan oleh Greece akan hanya untuk pelabur yang mendapat “toleransi risiko yang sangat tinggi”.