Mendarat cemas di Budapest

Mendarat cemas di Budapest

BUDAPEST, 7 Dis – Sebuah jet penumpang dalam perjalanan dari Berlin ke Hurghada di Mesir mendarat cemas di Budapest hari ini kerana ancaman bom, kata polis.

Jurucakap polis wanita Viktoria Csiszer-Kovacs mengatakan ancaman ditujukan kepada operator penerbangan namun enggan menamakan syarikat itu. Menurutnya polis sedang menggeledah penumpang dan bagasi di jet itu.

Polis akan memaklumkan mengenainya kemudian, katanya. Menurut laman web Flightradar24, pesawat DE490, sebuah jet A321 Airbus, berlepas dari lapangan terbang Scoenefeld di Berlin menuju ke Hurghada, berpatah balik ke Budapest dari ruang udara Serbia.

Portal berita airportal.hu mengatakan ia dioperasi oleh syarikat penerbangan Jerman, Condor. Condor bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara itu. – Reuters

Pesawat Airbus A321 Condor kelihatan di tarmak di lapangan terbang Budapest, Hungary. Ia dikatakan mendarat cemas di lapangan terbang itu akibat ancaman bom, menurut polis. - Reuters
Pesawat Airbus A321 Condor kelihatan di tarmak di lapangan terbang Budapest, Hungary. Ia dikatakan mendarat cemas di lapangan terbang itu akibat ancaman bom, menurut polis. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA