Menelusuri lautan bersama ‘Choice’

Menelusuri lautan bersama ‘Choice’

DILENGKAPI dengan sebuah rumah kecil, kapal layar mewah ‘superyatch’ yang berkonsepkan Feadship akan dibina oleh syarikat Belanda di bawah pengurusan pembinaan kapal layar Steve Jobs.

Kapal tersebut memiliki bentuk lebar sepanjang 244 kaki, dilengkapi dengan dua dron dan dua tender 80 kaki.

Dinamakan sebagai ‘Choice’, ia telah diumumkan sebagai menandakan ulang tahun ke-10 dalam reka bentuk ‘konsep masa depan’ itu.

Feadship telah mereka ‘superyachts’ sejak tahun 1920-an.

Digambarkan oleh syarikat itu sebagai ‘pelan tindakan paling berani setakat ini’, reka bentuk ‘Choice’ itu memiliki sebuah jakuzi, kelab pantai dan kolam renang, dua dron – dalam sebuah kapal yang hampir mampu berlayar sendiri.

Dinamakan sebagai ‘Choice’, ia telah diumumkan sebagai menandakan ulang tahun ke-10 dalam reka bentuk ‘konsep masa depan’ itu.
Dinamakan sebagai ‘Choice’, ia telah diumumkan sebagai menandakan ulang tahun ke-10 dalam reka bentuk ‘konsep masa depan’ itu.
Kapal layar tersebut memiliki sistem Kawalan Feadship bebas Choice (FICS), menggunakan teknologi sensor dan radar gelombang, ramalan cuaca, dan maklumat trafik untuk menyediakan pelayaran autonomi.
Kapal layar tersebut memiliki sistem Kawalan Feadship bebas Choice (FICS), menggunakan teknologi sensor dan radar gelombang, ramalan cuaca, dan maklumat trafik untuk menyediakan pelayaran autonomi.

Reka bentuk itu diperkenalkan pada pertunjukan Kapal Layar Monaco menggunakan model kapal layar dan pengalaman yang sebenar.

Sistem Kawalan Feadship bebas Choice (FICS), menggunakan teknologi sensor dan radar gelombang, ramalan cuaca, dan maklumat trafik untuk menyediakan pelayaran autonomi.

Proses kawalan pintar pula akan menggunakan data ini untuk menentukan bagaimana kapal layar itu perlu bertindak balas dengan baik.

Ini termasuklah segala-galanya daripada menentukan laluan yang paling sesuai untuk belayar dan memberitahu apabila ia berada dalam keadaan selamat. ia juga dilengkapi dengan kelab pantai dan kolam renang.

Kapal layar ini boleh menampung empat orang tetamu dalam dua suite berkembar, dengan ruang untuk enam belas anak kapal dalam lapan kabin, empat krew dalam empat kabin dan dua dalam kabin kapten.
Kapal layar ini boleh menampung empat orang tetamu dalam dua suite berkembar, dengan ruang untuk enam belas anak kapal dalam lapan kabin, empat krew dalam empat kabin dan dua dalam kabin kapten.

“Pelbagai pilihan diberikan kepada pelanggan Feadship sebelum dan semasa proses pembinaan kapal tersebut, matlamat kami dengan konsep baru ini adalah untuk memberi lebih banyak pilihan apabila mereka berada di atas kapal,” kata pereka kanan Feadship, Ruud Bakker.

“Kami tidak cukup mencapai tahap autopilot lagi, tetapi cara penyelesaian ini dapat berkomunikasi dengan alam sekitar yang dioptimumkan mengikut kesesuaian,” tambah Bakker.

Sumber-sumber pendorongan utama yang terletak di 80 kaki (24.5 meter) mengemukakan kedua-dua belah kapal layar itu.

Setiap tender boleh beroperasi sebagai mini-kapal layar bebas, yang boleh mencapai kelajuan 29mph.

Ruangan rehat untuk para penumpang.
Ruangan rehat untuk para penumpang.

“Mini-Feadships ini boleh menyeberangi jarak dalam masa yang sama sebagai Feadship yang cepat tatkala tempat-tempat akses yang tidak boleh dicapai menggunakan kapal besar,” kata pereka kanan Tanno Weeda.

“Freedom Won dan Freedom Too kedua-dua mempunyai kelajuan 25 knot dan cukup stabil dalam keadaan laut yang bergelora.

“Ia juga menawarkan keselesaan yang luar biasa, termasuk dua suite, kabin dan lounge.”

Ruang tepi kapal pula boleh diisi oleh dua orang tetamu bersama-sama dengan seorang juruterbang.

Kapal layar ini boleh menampung beberapa orang penumpang dengan suasana yang lebih selesa dan memberikan ketenangan kepada penumpangnya.