Menentang Belgium perlawanan terbesar – Bale

Menentang Belgium perlawanan terbesar – Bale

DINARD, 30 Jun (AFP) – Penyerang Wales, Gareth Bale menyifatkan pertembungan dengan Belgium dalam aksi suku akhir Euro 2016, awal Sabtu ini adalah perlawanan terbesar buat negara itu dalam tempoh sedekad.

Selepas menamatkan penantian 58 tahun untuk layak beraksi dalam kejohanan utama, Wales yang dibimbing Chris Coleman menyamai rekod pasukan pada 1958 apabila mara ke suku akhir Piala Dunia di Sweden sebelum tewas di tangan Brazil.

“Ya, saya fikir kita boleh katakan perlawanan dengan Belgium adalah yang terbesar buat Wales terutama dalam era pemain seperti saya. Kami tahu aksi suku akhir 1958 tetapi sejak itu ia pastinya yang terbesar dalam sejarah bola sepak Wales.

“Ia sesuatu yang kami ingin capai dan teruja mengenainya. Kami mahu menikmati perlawanan dan diharapkan kami layak ke separuh akhir. “Kami tidak perlukan motivasi tambahan, Belgium sebuah pasukan yang baik. Kami faham, matlamat utama mereka adalah untuk menjuarai Euro.

Bale bersama rakan menjalani latihan di Dinard, Perancis sebagai persediaan berdepan Belgium untuk separuh akhir Euro 2016. – AFP
Bale bersama rakan menjalani latihan di Dinard, Perancis sebagai persediaan berdepan Belgium untuk separuh akhir Euro 2016. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Mereka melihat setiap pasukan yang mereka temui sebagai batu loncatan untuk ke final. Itu pandangan mereka.

“Namun, sekarang apa yang paling penting adalah persiapan kami, kami akan cuba untuk mengikut segala perancangan yang sudah diatur,” kata bintang sensasi Real Madrid itu.

Wales adalah satu-satunya pasukan dari Britain yang masih meneruskan cabaran selepas menewaskan Ireland Utara dalam aksi pusingan 16 terbaik manakala England tewas mengejut di tangan Iceland.