Menerima mengadap KM Sabah dan isteri

Menerima mengadap KM Sabah dan isteri

Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini berkenan menerima mengadap Ketua Menteri (KM) Sabah, Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin.

Ketua Menteri Sabah dan isteri berada di negara ini bagi menyembahkan surat jemputan kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri.

Turut hadir pada majlis mengadap di Bilik Penghadapan, Istana Nurul Iman itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman.

Baginda Sultan ketika berkenan menerima mengadap Dato Seri Paduka Haji Musa.
Baginda Sultan ketika berkenan menerima mengadap Dato Seri Paduka Haji Musa.
Baginda Raja Isteri ketika berkenan menerima mengadap Datin Seri Hajah Faridah.
Baginda Raja Isteri ketika berkenan menerima mengadap Datin Seri Hajah Faridah.

ARTIKEL YANG SAMA