Menerima mengadap TPM Singapura

Menerima mengadap TPM Singapura

Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang ini berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Menteri Koordinasi bagi Keselamatan Nasional Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean.

Tuan Yang Terutama berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka lawatan kerja selama empat hari.

pg01_151006_b

Mengiringi Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean di majlis mengadap ialah Menteri Kebudayaan, Kemasyarakatan dan Belia Puan Yang Terutama Grace Fu; Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad; Menteri Kanan Negara bagi Kementerian Undang-Undang dan Kementerian Kewangan Puan Yang Terutama Indranee Rajah; Menteri Kanan Negara bagi Kementerian Kewangan, dan Kementerian Kebudayaan, Kemasyarakatan dan Belia Puan Yang Terutama Sim Ann; Menteri Negara bagi Kementerian Perhubungan dan Penerangan, dan Kementerian Kesihatan Tuan Yang Terutama Chee Hong Tat dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam.

Juga hadir Menteri Kewangan II di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim dan Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.

Majlis mengadap tersebut berlangsung di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman.

ARTIKEL YANG SAMA