Menerima mengadap Utusan Khas Penjaga Dua Masjid Suci

Menerima mengadap Utusan Khas Penjaga Dua Masjid Suci

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Penasihat dan Utusan Khas Penjaga Dua Masjid Suci Kerajaan Arab Saudi, Raafat Al-Sabbagh di Istana Nurul Iman, petang kelmarin.

Mengiringi Al-Sabbagh mengadap ialah Timbalan Ketua Perwakilan, Kedutaan Besar Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Hussain Mohammed M. Al-Dajani.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

Baginda Sultan ketika berkenan menerima mengadap Raafat Al-Sabbagh di Istana Nurul Iman, petang kelmarin. – Gambar Infofoto
Baginda Sultan ketika berkenan menerima mengadap Raafat Al-Sabbagh di Istana Nurul Iman, petang kelmarin. – Gambar Infofoto

ARTIKEL YANG SAMA