Menerokai kei...

Menerokai keindahan Athens pada musim sejuk

ATHENS – Merupakan sebuah bandar raya metropolis yang terletak di tepi pantai dan memiliki banyak lokasi menarik, iamenawarkan pelbagai panorama indah yang setentunya sesuai dijadikan sebagai latar potret sebagai kenangan.

Walaupun bandar raya tersebut merupakan salah satu destinasi pelancongan popular pada musim panas namun bagi individu yang tidak menyenaraikan kawasan pantai sebagai salah satu destinasi kunjungan percutian di Athens maka ia juga boleh dijadikan sebagai satu destinasi percutian pilihan sewaktu musim sejuk.

Selain itu, kelebihan yang diperoleh apabila melawat Athens pada musim sejuk adalah pelancong dapat menikmati panorama indah iaitu beberapa tarikan pelancong yang berkonsepkan sejarah tanpa adanya gangguan daripada jumlah pengunjung yang ramai sepertimana yang biasa dialami pada musim panas.

Athens merupakan salah sebuah bandar raya tertua di dunia sehinggakan ia digelar sebagai bandar terawal di Tamadun Barat. Para pengunjung cukup mudah untuk menyaksikan sendiri pelbagai monumen purba dan memiliki nilai sejarah di hampir setiap sudut di bandar raya tersebut.

Lebih menarik, walaupun ia dikenali sebagai sebuah bandar raya yang penuh dengan konsep sejarah namun ia tetap menawarkan deretan kedai yang menawarkan barangan menarik, barisan kafe yang menampilkan konsep berbeza termasuk menyajikan hidangan Greek yang sangat istimewa.

Suasana sibuk di Jalan Ermou yang juga menjadi salah satu pusat membeli-belah popular di Athens.
Suasana sibuk di Jalan Ermou yang juga menjadi salah satu pusat membeli-belah popular di Athens.

m8-9_120117

Keadaan bersalji jelas tidak membantutkan aktiviti pelancongan di Greece.
Keadaan bersalji jelas tidak membantutkan aktiviti pelancongan di Greece.

Menyentuh mengenai pengangkutan utama bas dan keretapi seringkali digunakan oleh para pengunjung bagi menikmati keindahan panorama di kawasan bandar raya tersebut.

Keadaan cuaca pada bulan Januari di bandar raya Athens akan dijangka berterusan berada dalam keadaan dingin dan ia boleh mencecah kepada suhu serendah 10C.

Menghayati kegemilangan sejarah mitos Greek

Menjadi mercu tanda utama di Greece, Acropolis merupakan salah satu monumen bersejarah yang tetap berdiri teguh hingga ke era moden ini.

Berada di kawasan bersejarah itu pada waktu malam setentunya akan menjanjikan sebuah panorama yang indah dan sangat memukau.

Dengan kadar bayaran kemasukan serendah 10 Euro, para pengunjung berpeluang untuk melihat banyak peninggalan sejarah mitologi Greek di dalam Acropolis seperti Teater Dionysus, Propylaea, Erechtheion dan Herodeon di mana kawasan bersejarah ini juga tetap menjadi lokasi pilihan bagi penganjuran persembahan hiburan.

Perjalanan selama 20 minit ke Acropolis juga turut memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri kemegahan struktur bangunan Parthenon yang merupakan bekas kepada sebuah kuil yang didedikasikan untuk Dewi Athena.

Suasana dan panorama di Acropolis akan jelas kelihatan lebih indah pada waktu malam.
Suasana dan panorama di Acropolis akan jelas kelihatan lebih indah pada waktu malam.

Antara artifak dan patung yang dipamerkan di Muzium Acropolis.
Antara artifak dan patung yang dipamerkan di Muzium Acropolis.

Sementara bagi individu yang berhasrat untuk melihat khazanah warisan dan artifak peninggalan sejarah mitologi Greek pula boleh mengunjungi Muzium Acropolis.

Antara artifak-artifak peninggalan sejarah yang dapat disaksikan dalam muzium tersebut adalah patung batu yang amat besar yang menggambarkan kegemilangan mitos Greek purba.

Di samping itu, struktur bangunan muzium itu juga sangat menarik apabila ia memiliki lantai dan dinding yang diperbuat daripada kaca di mana ia jelas memberikan peluang kepada para pengunjung untuk menyaksikan sendiri keindahan Acropolis dari tingkat dua dan tiga.

Terdapat juga banyak tapak-tapak purba lain seperti Agora purba dan Kuil Hephaistos yang terletak di kawasan barat Acropolis. Kuil Hephaistos menempatkan pasu besar purba, patung, syiling dan artifak sejarah lain serta dihiasi dengan taman yang memiliki rumput menghijau.

Menikmati panorama indah di Bukit Lycabettus

Selain Acropolis, Bukit Lycabettus merupakan salah satu kawasan yang menarik di Athens di mana ia menjanjikan panorama indah menghala ke bandar raya yang luas dari atas bukit.

Antara binaan sejarah yang terdapat di atas bukit itu adalah sebuah gereja, Agii Isodori dan beberapa kawasan lagi yang sesuai untuk dijadikan sebagai latar untuk mengabadikan gambar.

Berada di kawasan bukit itu pada awal pagi pula dapat memberikan peluang kepada para pengunjung untuk menikmati panorama matahari terbit pada waktu pagi yang menghala ke arah Laut Aegean.

Bukit Lycabettus merupakan salah satu kawasan yang menarik di Athens di mana ia menjanjikan panorama indah menghala ke bandar raya yang luas dari atas bukit.
Bukit Lycabettus merupakan salah satu kawasan yang menarik di Athens di mana ia menjanjikan panorama indah menghala ke bandar raya yang luas dari atas bukit.
Antara panorama indah yang dapat dinikmati dari atas Bukit Lycabettus.
Antara panorama indah yang dapat dinikmati dari atas Bukit Lycabettus.

Rasa keseronokan yang berterusan akan dapat dinikmati ketika berada di kawasan kejiranan Kolonaki yang menawarkan pelbagai barangan berjenama dan deretan kafe untuk merehatkan diri setelah penat berjalan di kawasan Bukit Lycabettus.

Di bahagian barat Athens pula adalah Jalan Ermou yang menawarkan kawasan pusat membeli-belah yang berterusan sehingga ke kawasan Monastiraki.

Kawasan tersebut nyata lebih menjadi tumpuan pada hari Ahad di mana pelbagai aktiviti jual beli pada harga berpatutan giat dilaksanakan.

Para pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan beberapa persembahan daripada penghibur jalanan sambil menikmati pelbagai hidangan istimewa di kafe yang terdapat di sekitar Jalan Ermou itu.

Beralih ke arah selatan adalah Plaka, sebuah kawasan kejiranan bersejarah yang dibina di atas bandar purba Athens.

Salah satu ciri sejarah yang kekal dipertahankan di kawasan Plaka adalah laluan jalan yang sempit berbentuk seperi kurungan maze, beberapa tapak bersejarah, seni jalanan dan kedai-kedai kecil.

Namun salah satu benda yang sering dibeli untuk dijadikan sebagai cenderahati kepada ramai pelancong di Plaka adalah Psaras, sejenis permata lama yang menampilkan konsep taverna. – AP