Menerokai kei...

Menerokai keindahan perkampungan purba Chengkan

HUANGASHAN – Sebuah kawasan pergunungan yang terletak di wilayah Anhui di Timur China yang jelas jauh daripada suasana sibuk sebagaimana yang dialami di kawasan bandar.

Ia merupakan sebuah pusat bandar kebudayaan yang banyak menempatkan muzium, memelihara peninggalan bangunan bersejarah dengan baik dan setentunya menjanjikan panorama yang sangat indah kepada para pengunjung.

Antara yang menjadi tarikan kepada para pelancong di Anhui adalah Gunung Kuning yang memiliki kolam air panas di mana ia juga merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO, Perkampungan Purba Hongcun, Xidi dan Chengkan yang dipercayai telah wujud sejak 900 tahun lalu.

Memandangkan ia adalah sebuah kawasan pergunungan maka setentunya aktiviti pendakian adalah merupakan antara cabaran yang harus dilalui oleh para pengunjung di mana jelas stamina yang mencukupi adalah sangat diperlukan.

Selain itu, kamera merupakan antara gajet wajib yang dibawa bersama oleh para pengunjung untuk merakamkan setiap detik terindah berada di kawasan tersebut untuk diabadikan sebagai satu kenangan.

m 8 12_140217

Perkampungan Chengkan jelas sangat menarik di mana ia memiliki tiga jalan utama dan 99 lorong yang memiliki bukit dan sungai di sekitarnya.
Perkampungan Chengkan jelas sangat menarik di mana ia memiliki tiga jalan utama dan 99 lorong yang memiliki bukit dan sungai di sekitarnya.

m 8 11_140217

Terletak kira-kira 40 kilometer dari Gunung Huangshan adalah Perkampungan Chengkan, sebuah kawasan perkampungan yang dipercayai telah wujud sejak era Dinasti Ming (1368 AD-1644) di mana seni bina bangunan peninggalan era tersebut tetap terus dipelihara dengan baik sehingga kini.

Berada di kawasan perkampungan tersebut setentunya menjanjikan satu pengalaman yang sangat menakjubkan kerana susunan bangunan di kawasan itu adalah dikatakan mengikut susunan ‘Lapan Rajah’ sebagaimana yang tercatat di dalam I Ching sebuah teks klasik Cina yang tertua.

Dari pandangan udara pula, susunan perkampungan Chengkan jelas sangat menarik di mana ia memiliki tiga jalan utama dan 99 lorong yang memiliki bukit dan sungai di sekitarnya.

Susunan kebanyakan rumah di kawasan perkampungan itu yang berhampiran dengan Sungai Longxi adalah kerana ia dipercayai memberikan sumber kekayaan dan kesenangan dalam kehidupan penduduk kampung serta menjaga kebajikan mereka dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Perkampungan Chengkan memiliki latar panorama indah yang sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi penggambaran. –Xinhua
Perkampungan Chengkan memiliki latar panorama indah yang sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi penggambaran. –Xinhua

m 8 a_140217

Keindahan suasana dan panorama yang ditawarkan telah menjadikan kawasan perkampungan Chengkan sebagai destinasi popular di kalangan para pelancong.
Keindahan suasana dan panorama yang ditawarkan telah menjadikan kawasan perkampungan Chengkan sebagai destinasi popular di kalangan para pelancong.

Perkampungan Chengkan dipercayai telah wujud sejak 1,800 tahun yang lalu di mana reka bentuk kebanyakan rumah dan bangunan di kawasan tersebut adalah mengikut gaya Hui yang memiliki dinding putih dan jubin lantai berwarna kelabu.

Ia dibina di atas kawasan bukit yang menghijau dan memiliki air sungai yang jernih dan dipercayai pernah menjadi kediaman kepada 700 buah keluarga dan kini menjadi satu khazanah sejarah yang sangat berharga.

Berbeza daripada kawasan perkampungan Xidi dan Hongcun, Chengkan jelas kurang terdedah kepada sebarang pembangunan moden memandangkan ia terletak di kawasan yang agak dalam dan ia jelas menjanjikan satu pengalaman menarik kepada para pengunjung yang berhasrat untuk melihat sendiri keaslian seni bina bangunan yang menampilkan gaya Hui.

Malah, bangunan-bangunan yang terdapat di Chengkan jelas mencerminkan sebagai satu seni bina bangunan terbaik di Anhui yang dilengkapi dengan gerbang, jambatan, telaga, kuil, ukiran batu dan kayu pada setiap rumah yang jelas memiliki rekaan yang sangat elegan.

Pintu gerbang di kawasan perkampungan Chengkan yang sangat unik.
Pintu gerbang di kawasan perkampungan Chengkan yang sangat unik.
Keunikan reka bentuk bangunan di Perkampungan Chengkan yang berdekatan dengan Gunung Huangshan. - Xinhua
Keunikan reka bentuk bangunan di Perkampungan Chengkan yang berdekatan dengan Gunung Huangshan. – Xinhua
Antara petani yang menjual hasil pertanian segar berdekatan dengan kawasan perkampungan Chengkan.
Antara petani yang menjual hasil pertanian segar berdekatan dengan kawasan perkampungan Chengkan.
Struktur asal bangunan di Perkampungan Chengkan yang elegan tetap terus dipelihara sehingga kini. – Xinhua
Struktur asal bangunan di Perkampungan Chengkan yang elegan tetap terus dipelihara sehingga kini. – Xinhua

Seni bina Dewan Baolun di dalam kuil di perkampungan Chengkan itu jelas sangat menakjubkan di mana ia memiliki ukiran bunga dan corak geometri di bahagian dinding, penggunaan pemilihan warna yang menarik dan bingkai pintu gerbang yang sangat menarik.

Kebanyakan warna bangunan di kawasan perkampungan itu kekal kelihatan segar dan terang walaupun telah bertahun ditinggalkan.

Tangga yang menghubungkan ke ruang atas juga dibina daripada bahan yang berkualiti tinggi sehingga mampu bertahan sehingga kini.

Jendela di bahagian atas bangunan tersebut juga memiliki ukiran yang tersendiri di mana apabila membukanya, para pengunjung akan berpeluang untuk menikmati panorama indah menghala ke arah Gunung Huangshan.

Secara keseluruhan lawatan para pengunjung ke perkampungan Chengkan yang memerlukan tempoh masa sekitar dua ke tiga jam itu adalah sangat berbaloi kerana ia menjanjikan satu pengalaman yang sangat menarik untuk dikenang. – Xinhua