Menez sertai Bordeaux

Menez sertai Bordeaux

BORDEAUX, 1 Ogos – Pemain antarabangsa Perancis, Jeremy Menez bakal menyertai Bordeaux dari kelab gergasi Itali, AC Milan dan kini hanya menunggu ujian perubatan, umum kelab Ligue 1 itu semalam.

Menez akan menjadi pembelian ketiga Bordeaux menjelang musim baharu selepas kehadiran pemain tengah veteran, Jeremy Toulalan dan penyerang Guinea, Francois Kamano.

Pemain berusia 29 tahun itu menghabiskan dua musim di Itali selepas menyertai Milan dari Paris Saint – Germain, memberi impak yang baik dengan 16 gol dalam 33 penampilan pada kempen 2014-15.

Namun pemain sayap itu bergelut dengan kecederaan musim lalu dengan Milan mengharungi musim mengecewakan apabila menamatkan saingan Serie A di kedudukan ketujuh.

Aksi Jeremy Menez dari AC Milan dan  Dejan Lovren dari Liverpool FC semasa Piala Kejuaraan Antarabangsa pada Sabtu lalu. - AFP
Aksi Jeremy Menez dari AC Milan dan Dejan Lovren dari Liverpool FC semasa Piala Kejuaraan Antarabangsa pada Sabtu lalu. – AFP

Menez sudah mengumpul 24 penampilan di peringkat antarabangsa dengan kali terakhir bermain untuk Perancis pada 2013.

Bordeaux sedang berusaha memperkuatkan jentera serangan mereka selepas kehilangan penyerang Mali, Cheick Diabate iaitu penjaring terbanyak pasukan itu musim lalu yang berhijrah ke kelab Turki, Osmanlispor. – AFP