Mengaku bersalah gugur janin

Mengaku bersalah gugur janin

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Sept – Seorang perempuan warga tempatan yang berdepan pertuduhan menggugurkan kandungannya yang berusia enam bulan dihadapkan di Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini.

Nuramallinie @ Amal binti Suhaile mengaku bersalah di hadapan Hakim Pengiran Hajah Hanani binti Pengiran Haji Metussain kerana menggugurkan kandungannya dengan mengambil pil yang merangsang kontraksi pada rahim sehingga janin itu keluar.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada lewat malam 31 Ogos di sebuah rumah di Perumahan Kampung Sungai Bunga.

Hakim menetapkan esok untuk mendengar fakta-fakta kes tertuduh daripada Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Rozaimah binti Haji Abdul Rahman sebelum menjatuhkan hukuman.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 312 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

ARTIKEL YANG SAMA