Mengaku bersalah nodai mangsa 15 tahun

Mengaku bersalah nodai mangsa 15 tahun

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160421_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Seorang lelaki tempatan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan di bawah umur pada 2013.

Zulhilmi bin Ahad berusia 32 tahun didakwa melakukan persetubuhan dengan mangsa yang berusia 15 tahun di sebuah rumah rehat di Kiulap sekitar Mei 2013.

Dia yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu bas sekolah juga dituduh melakukan persetubuhan dengan mangsa yang sama di dalam bas sekolah di Bukit Sebanging sekitar Disember 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 2 Akta Melakukan Persetubuhan Yang Menyalahi Undang-Undang (Penggal 29) yang membawa pemenjaraan untuk tempoh yang tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi dari tujuh tahun, dan juga sebatan tidak melebihi daripada 24 sebatan dalam kes orang dewasa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut sehingga mangsa melahirkan anak damit lelaki pada September 2014.

Fakta kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurjauinah binti Haji Kula menyebut, tertuduh mengenali mangsa melalui rakan tertuduh yang juga seorang pemandu bas sekolah yang menghantar mangsa pulang ke rumah.

Sekitar Mei 2013 pada jam 12:30 tengah hari, tertuduh mengambil mangsa pulang dari sekolah dan membawanya ke sebuah rumah rehat di Kiulap dengan tujuan untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Sekitar Disember 2013 dan pada waktu yang sama, tertuduh yang berada di dalam bas telah menunggu mangsa di luar kawasan rumahnya.

Tertuduh sekali lagi melakukan persetubuhan dengan mangsa.

Pada Januari 2014, mangsa mendapati dirinya hamil dan sebaik melahirkan, laporan telah dibuat kepada polis.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan 26 April untuk sebutan hukuman tertuduh.

ARTIKEL YANG SAMA