Mengaku miliki rokok seludup, kena $10,000

Mengaku miliki rokok seludup, kena $10,000

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhkan hukuman denda $10,000 ke atas seorang lelaki tempatan selepas mengaku bersalah memiliki rokok seludup.

Muhammad Zulhazim bin Ajis, 21, dari Kampung Penanjong diberi tempoh sehingga 31 Disember 2015 oleh Majistret Awangku Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman untuk membayar denda atau berdepan 10 bulan penjara.

Tertuduh didakwa memiliki 35 karton rokok dalam keretanya pada 6 Januari 2015 kira-kira jam 5:02 petang di kawasan Perindustrian Beribi.

Tertuduh mengaku membeli rokok itu pada harga $370 daripada seorang lelaki yang tidak dikenali, dan rokok yang dibelinya itu adalah untuk dijual.

ARTIKEL YANG SAMA