Mengaku pecah masuk rumah

Mengaku pecah masuk rumah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Seorang lelaki tempatan mengaku bersalah atas empat pertuduhan pecah masuk rumah dan curi di Mahkamah Perantaraan, hari ini.

Azimi bin Haji Mohamed, 40, memberitahu Hakim Haji Abdullah Soefri bin Pehin Dato Haji Abidin bahawa dia melakukan kesalahan itu kerana didorong oleh rakannya.

pg06_160331_mahkamah logo2

Tertuduh bersama rakannya yang masih bebas didakwa mencuri gitar ukulele dari sebuah rumah di Jalan Batang Duri pada 16 Mac 2016; satu set kutleri di sebuah rumah di Kampung Amo ‘A’ pada 19 Mac 2016; dua monitor Acer LCD dan pembesar suara di Sekolah Suria Jaya, Kampung Puni antara 20 dan 21 Mac 2016 dan memecah masuk sebuah rumah di Kampung Parit, Temburong antara 6 dan 22 Mac 2016.

Hakim menetapkan 2 April untuk sebutan hukuman, dan memerintahkan tertuduh untuk ditahan reman di Penjara Jerudong.