Mengaku tidak bersalah ceroboh bangunan kerajaan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Dua lelaki yang didakwa menceroboh kawasan kerajaan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini.

Khairul Azmi bin Johari, 30 dan Muhammad Abdul Yahya bin Mohd Daud, 25 didakwa menceroboh Bangunan Jabatan Bandaran di Jalan Singa Menteri, Kuala Belait pada 9 Oktober 2017 kira-kira jam 11 pagi.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman membenarkan setiap tertuduh diberi ikat jamin $2,500 atau seorang penjamin tempatan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Qamarul Affyian bin Abdul Rahman.