Mengaku tidak bersalah curi wayar

Mengaku tidak bersalah curi wayar

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_161017_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt- Mahkamah Majistret, semalam menetapkan 29 November untuk menetapkan tarikh perbicaraan seorang lelaki tempatan yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri.

Awangku Bungsu bin Pengiran Talip, 40, berdepan pertuduhan cuba mencuri wayar milik sebuah sekolah di Daerah Belait pada 13 Oktober 2016.

Dia didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang dibaca bersama Seksyen 511 yang sama iaitu penjara untuk tempoh sehingga tiga tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya.

Tertuduh bagaimanapun dibenarkan ikat jamin $1,500 atau seorang penjamin tempatan oleh Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman.

ARTIKEL YANG SAMA