Mengaku tidak bersalah simpan kereta curi

Mengaku tidak bersalah simpan kereta curi

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160905_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan menyimpan kereta curi. Adib Sufi bin Mohd Asri, 27, berdepan dakwaan menyimpan kereta curi iaitu Toyota Corolla antara 16 Ogos sehingga 1 September 2016 di kawasan Jalan 11, Perpindahan Lambak Kanan.

Pegawai Pendakwa Raya, Pengiran Hajah Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin mengemukakan pertuduhan ke atas tertuduh mengikut Seksyen 411 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menetapkan 17 September untuk kes disebut semula, dan membenarkan Adib Sufi diikat jamin $2,000 atau seorang penjamin tempatan selepas Pegawai Pendakwa Raya tidak mempunyai bantahan untuk tertuduh diberi ikat jamin.