Mengecas telefon tanpa wayar ambil masa lebih lama

Mengecas telefon tanpa wayar ambil masa lebih lama

pg19_150625_bBERLIN, 24 Jun (dpa) – Kebanyakan telefon bimbit pintar masa kini boleh dicas tanpa perlu menggunakan wayar dengan hanya meletakkan telefon di atas stesen mengecas yang kecil, akan tetapi pengguna sering mendapat perasaan bahawa mengecas cara ini lebih perlahan daripada menggunakan kabel.

Sekarang sudah rasmi. Satu ujian oleh majalah komputer Jerman mendapati cas tanpa wayar memerlukan sekitar 50 peratus lebih lama.

Di bawah keadaan tertentu ia boleh mengambil masa sejam lebih lama untuk mengecas bateri hingga penuh. Ini mungkin tidak menjadi masalah jika ia dicas pada waktu malam, tetapi jika anda ingin cepat, para pakar menasihatkan lebih baik gunakan kabel.

Kelemahan lain apabila mengecas tanpa wayar adalah telefon itu tidak boleh digunakan atau dialihkan dari stesen cas. Ini boleh menyusahkan ketika saat anda ingin menggunakan telefon itu.

Memberikan kelemahan ini, cas tanpa wayar adalah lebih kepada pengguna yang ingin melihat rumah atau tempat kerja kelihatan kemas dan bebas dari kabel, menurut pakar.

ARTIKEL YANG SAMA