Mengekalkan k...

Mengekalkan kecantikan wajah

SETIAP wanita mengidamkan wajah cantik menawan, sekadar mengenakan solekan nipis ketika keluar bersantai di hujung minggu bersama keluarga mahupun rakan.

Untuk memiliki wajah cantik, aspek penjagaan kulit wajah perlu diberi perhatian kerana bagi sesetengah wanita, wajah cantik juga mampu meningkatkan tahap keyakinan diri.

Pada masa sama, tidak perlu menghabiskan wang hanya untuk berkunjung ke pusat rawatan kecantikan kerana ia boleh dilakukan sendiri.

Berikut adalah tujuh langkah mudah yang boleh dilakukan di rumah untuk membantu anda mendapatkan kulit wajah impian:

Gunakan krim pelindung matahari.

Krim pelindung matahari boleh didapati di pusat beli-belah atau farmasi berhampiran pada harga yang tidak terlalu mahal.

Penjagaan kulit muka harian seperti mencuci, menyegar dan melembap perlu dilakukan setiap hari.
Penjagaan kulit muka harian seperti mencuci, menyegar dan melembap perlu dilakukan setiap hari.
Pengambilan air sejuk dan ais secara berlebihan bukan saja memberi kesan kurang baik pada kesihatan, malah turut menyebabkan kulit wajah menjadi kusam.
Pengambilan air sejuk dan ais secara berlebihan bukan saja memberi kesan kurang baik pada kesihatan, malah turut menyebabkan kulit wajah menjadi kusam.
Minum segelas air masak yang direndam dengan lemon membantu membersihkan sistem dalaman dan membuatkan kulit kelihatan sihat, lembap dan bebas cela.
Minum segelas air masak yang direndam dengan lemon membantu membersihkan sistem dalaman dan membuatkan kulit kelihatan sihat, lembap dan bebas cela.

Bagi wanita berusia 20 tahun ke atas, pengambilan krim ini amat penting.

Ia membantu anda mengelak daripada kesan tidak diingini sekiranya terdedah kepada cahaya matahari terik setiap hari terutama ketika keluar rumah, bersantai mahupun beriadah.

Minum segelas air lemon setiap pagi.

Air rendaman hirisan lemon dapat menyingkirkan toksin dari dalam badan. Minum segelas air masak yang direndam dengan lemon membantu membersihkan sistem dalaman dan membuatkan kulit kelihatan sihat, lembap dan bebas cela.

Kaedah ini juga mudah dilakukan dan tidak memerlukan belanja besar atau meluangkan masa yang lama.

Cuci dan bersihkan wajah dengan teliti.

Penjagaan kulit muka harian seperti mencuci, menyegar dan melembap perlu dilakukan setiap hari, namun setiap dua kali seminggu, anda disaran membersihkan muka dengan lebih teliti.

Lakukan kaedah ini secara semula jadi iaitu mengambil sedikit serbuk penaik dan tambahkan sedikit air. Gosok pada kulit wajah secara perlahan-lahan dan biarkan seketika.

Bilas muka menggunakan air bersih dan selepas itu, ambil setitik minyak kelapa dara dan sapukan pada seluruh wajah. Anda pasti teruja dengan hasilnya yang menjadikan kulit wajah anda lembap, licin, tegang dan bersih.

Jangan sesekali memicit jerawat.

Jangan memicit jerawat menggunakan tangan kerana bakteria mudah merebak melalui sentuhan menyebabkan keadaan kulit wajah semakin teruk. Biarkan jerawat itu tanpa dipicit dan hanya sapu dengan krim bersesuaian bagi memastikan jerawat itu hilang dengan sendirinya.

Untuk memiliki wajah cantik, aspek penjagaan kulit wajah perlu diberi perhatian kerana bagi sesetengah wanita, wajah cantik juga mampu meningkatkan tahap keyakinan diri.
Untuk memiliki wajah cantik, aspek penjagaan kulit wajah perlu diberi perhatian kerana bagi sesetengah wanita, wajah cantik juga mampu meningkatkan tahap keyakinan diri.
Jangan memicit jerawat menggunakan tangan kerana bakteria mudah merebak melalui sentuhan menyebabkan keadaan kulit wajah semakin teruk.
Jangan memicit jerawat menggunakan tangan kerana bakteria mudah merebak melalui sentuhan menyebabkan keadaan kulit wajah semakin teruk.

Elak pengambilan ais dengan kerap.

Pengambilan air sejuk dan ais secara berlebihan bukan saja memberi kesan kurang baik pada kesihatan, malah turut menyebabkan kulit wajah menjadi kusam. Pada masa sama, ia menjadikan kulit wajah cepat kering.

Gunakan produk kecantikan sesuai dengan wajah.

Pembersih wajah antara keperluan harian wanita dapat membantu mendapatkan kulit yang bersih dan cantik tanpa cela. Pemilihan produk pembersihan wajah perlu dilakukan dengan teliti mengikut kesesuaian kulit, bukan mengikut jenama mahupun harga yang mahal.

Setiap wanita mempunyai jenis kulit wajah berbeza dan pemilihan produk yang tepat mampu membantu anda mendapatkan kulit wajah bersih dan cerah sekata walaupun hanya dengan penggunaan pembersih muka yang dilakukan secara rutin.

Elak tidur dengan solekan di wajah.

Membersihkan kulit wajah setiap kali selepas bersolek sememangnya tidak boleh dipandang ringan.

Anda disaran membersihkan wajah menggunakan pembersih solekan atau air bagi memastikan kulit muka sentiasa terpelihara.

Walau sesibuk mana pun, perlu diingat membersihkan kulit wajah daripada solekan memang penting dan jangan sesekali tidur dengan solekan di wajah.

ARTIKEL YANG SAMA