Mengembalikan keunggulan Tamiya

Mengembalikan keunggulan Tamiya

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Nov – Sejak Tamiya Mini 4WD kembali popular dan menjadi salah satu hobi yang digemari, Freshco Batu Satu dengan kerjasama Lambak Extreme STO baru-baru ini telah menganjurkan Perlumbaan Freshco Tamiya Mini 4WD yang diadakan di pusat membeli-belah tersebut.

Dalam perlumbaan itu, pemenang telah membawa pulang wang tunai, piala, kit dan peralatan istimewa.

Tamiya Mini 4WD dianggap sebagai ‘Barang Mainan Orang Dewasa’ yang dikatakan dapat menghilangkan stres sesetengah peminat, sementara bagi orang lain pula, ia merupakan satu kaedah untuk menyalurkan kreativiti mereka.

Suasana ketika perlumbaan itu diadakan di Freshco Batu Satu.
Suasana ketika perlumbaan itu diadakan di Freshco Batu Satu.

Menurut kenyataan di sini, daya kreativiti dalam pengubahsuaian dan mencantikkan model bukan sahaja untuk ia kelihatan cantik tetapi juga untuk mencatat prestasi terbaiknya.

‘Setting’ Tamiya juga bergantung pada susun atur litar perlumbaan dan perlumbaan Mini 4WD bukan sahaja mengenai kelajuan terpantas atau memiliki peralatan terbaik tetapi juga mengenai penggunaan pengetahuan dan mempelajari teknik pemasangan yang baik.

Dalam pada itu, Freshco Batu Satu dan Lambak Extreme STO juga tidak sabar-sabar untuk menganjurkan lebih banyak perlumbaan atau kejohanan untuk mempromosi Tamiya Mini 4WD di Brunei.