Mengembara dan menelusuri Sungai Brunei

Mengembara dan menelusuri Sungai Brunei

MEMPELAJARI dan merasakan sendiri pengalaman aktiviti luar adalah satu perkara yang bagus untuk memperluas dan memperkembangkan lagi ilmu pengetahuan agar peka dengan alam sekitar di sekeliling kita.

Begitulah apa yang dialami oleh sekumpulan pelajar cilik dari Jigsaw Playschool, Kiarong yang mengembara dan menelusuri Kampong Ayer dan Sungai Brunei baru-baru ini serta berkesempatan memerhati spesies monyet Bangkatan yang jarang dilihat dan sedang makan di atas pokok kawasan paya bakau.

Mereka juga berpeluang menyaksikan dua ekor biawak besar yang sedang berjemur di atas pokok kawasan paya serta melihat dari dekat beberapa ekor buaya dan pelbagai jenis burung di sepanjang perjalanan mereka menyelusuri Sungai Brunei.

Pelajar-pelajar dan kakitangan Jigsaw Playschool berkesempatan menelusuri keindahan Kampong Ayer.
Pelajar-pelajar dan kakitangan Jigsaw Playschool berkesempatan menelusuri keindahan Kampong Ayer.
Para pelajar juga berpeluang melihat dengan dekat beberapa ekor buaya.
Para pelajar juga berpeluang melihat dengan dekat beberapa ekor buaya.

Aktiviti ini memberikan satu pengalaman baru dan peluang yang baik terutama sekali buat pelajar untuk melihat dan mengetahui habitat hidupan liar di dalam hutan.

Di samping mengenali haiwan-haiwan ini, kanak-kanak juga sedikit sebanyak dapat mempelajari bagaimana untuk melindungi haiwan ini daripada diancam bahaya kepupusan.

Seterusnya, para pelajar juga berkesempatan menelusuri keindahan Kampong Ayer dan melihat keunikan budaya dan sejarah negara ini yang tidak ternilai.

Secara keseluruhan, pengembaraan ini memberikan satu pengalaman yang berharga buat para pelajar dan semua kakitangan Jigsaw Playschool.