Mengembara di Lembah Marka

Mengembara di Lembah Marka

Oleh Lyna Mohamad

Gambar oleh Hajah Nurul Yusra Bazilah

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Hajah Nurul Yusra Bazilah binti Haji Yussof, 25, bersama rakannya, Dayang Nurul Ain binti Mohamed Idrus dan Javon Leong, baru-baru ini, menjadi anak Brunei pertama membuat pengembaraan berjalan di Lembah Marka di rantau Ladakh, India.

Lembah Marka adalah salah sebuah laluan paling tersohor yang memberikan perjalanan jauh yang mengagumkan bagi para pelancong dengan kawasan terpencil itu dipenuhi dengan pelbagai keajaiban.

Perjalanan di lembah itu melewati biara-biara indah Buddha, kampung pergunungan, pastura Nimaling di tempat tinggi dan juga puncak tinggi Kangyatse.

Hajah Nurul Yusra Bazilah bersama rakan-rakannya mengibarkan bendera negara di Lembah Marka.
Hajah Nurul Yusra Bazilah bersama rakan-rakannya mengibarkan bendera negara di Lembah Marka.
Hajah Nurul Yusra Bazilah merakamkan kenangan ketika berada di laluan lembah berkenaan.
Hajah Nurul Yusra Bazilah merakamkan kenangan ketika berada di laluan lembah berkenaan.

“Perjalanan ini benar-benar satu pengalaman mengkagumkan bagi diri saya sendiri, saya tidak pernah membayangkan akan melalui laluan ini, namun berbaloi kerana saya dapat melihat pemandangan indah yang mempesonakan, menikmati alam semula jadi dan juga dapat bertemu dengan masyarakat yang menyenangkan,” ujar Hajah Nurul Yusra Bazilah. Ketika berada di sana, mereka ditemani dua pemandu terlatih yang benar-benar melindungi mereka sejak perjalanan bermula pada 5 Julai dan pada 11 Julai mereka telah berada di puncak tertinggi Kongmaru La Pass yang berada pada ketinggian 5,230 meter.

“Kami ingin memberi inspirasi kepada generasi muda supaya mengambil lebih banyak risiko dan benar-benar menerokai hidup dan menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah. Saya tidak dapat melakukannya tanpa rakan karib saya yang menyokong penuh dalam apa pun keadaan dan rakan saya yang sentiasa memberikan dorongan yang jitu. Saya ingin berterima kasih kepada Ain kerana memperkenalkan saya prospek mencabar dan epik dalam hidup,” tambah beliau lagi.

ARTIKEL YANG SAMA