Mengenali teknologi Melayu Brunei

Mengenali teknologi Melayu Brunei

SERAMAI 150 orang belia khususnya pelajar pengambilan September, 2015 dan dua orang tenaga pengajar yang diketuai oleh Haji kamal Pasah Lakim dan Hajah Norani binti Awang Mohd Said dari Laksamana College of Business telah mengadakan lawatan ke Muzium Teknologi Melayu Brunei di Kota Batu, baru-baru ini.

Sebelum lawatan itu dimulakan, bacaan doa selamat telah dibacakan oleh tenaga pengajar, Haji Kamal Pasah Lakim untuk memberkati lawatan tersebut dan diikuti dengan taklimat ringkas mengenai sejarah penubuhan muzium tersebut yang disampaikan oleh Hajah Norani.

Adat dan budaya serta tradisi lama

Lawatan ini adalah salah satu inisiatif kelas ‘Melayu Islam Beraja’ untuk mengenali lebih mendalam mengenai adat, budaya dan tradisi Brunei melalui tujuh puak yang terdapat sejak 600 tahun yang lampau di Negara Brunei Darussalam.

Menurut Dayang Amalina binti Abdullah, seorang pelajar yang ikut serta dalam lawatan tersebut menyatakan bahawa lawatan ke muzium itu adalah kali pertama baginya dan dia sangat teruja mengenali jenis-jenis replika rumah tujuh puak Brunei yang di pamerkan di Muzium tersebut. Sepanjang lawatan itu, pelajar-pelajar diberikan penerangan terperinci oleh pegawai- pegawai muzium tersebut.

Gambar kenangan bersama kelas yang dikendalikan oleh Hajah Norani.
Gambar kenangan bersama kelas yang dikendalikan oleh Hajah Norani.

Lawatan itu merupakan pengalaman yang baru bagi sesetengah pelajar yang menyertainya kerana ada yang belum pernah berpeluang berkunjung ke tempat itu sebelumnya walaupun ia telah lama dibina.

Melalui lawatan tersebut, dihasratkan agar para pelajar mendapat gambaran jelas tentang kepelbagaian jenis teknologi yang digunakan oleh penduduk tempatan secara realiti pada masa dahulu dan mengetahui tentang keunikan budaya Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA