Mengharumkan nama kampung

Mengharumkan nama kampung

Oleh Haji Mohd Daud Abd Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Nov – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Perpindahan Lambak Kanan kawasan 4 semalam telah mengadakan satu mesyuarat hujung tahun yang diadakan di Stadium Restaurant, Berakas.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Kampung Perpindahan Lambak Kanan, Haji Jumat bin Nasir itu antara lain bertujuan bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli yang terlibat dalam mengadakan majlis-majlis yang telah diadakan oleh MPK Perpindahan Lambak Kanan sepanjang tahun 2015. Di samping itu, aktiviti bagi tahun 2016 juga disusun ketika mesyuarat itu yang bertujuan bagi mengharumkan nama baik Kampung Perpindahan Lambak Kanan khususnya kawasan 4.

Majlis diakhiri dengan acara bergambar ramai ahli jawatankuasa MPK yang mengikuti mesyuarat itu.

Gambar ramai ahli-ahli Jawatankuasa MPK Perpindahan Lambak Kanan kawasan 4 selepas mesyuarat berakhir.
Gambar ramai ahli-ahli Jawatankuasa MPK Perpindahan Lambak Kanan kawasan 4 selepas mesyuarat berakhir.

ARTIKEL YANG SAMA