Menghidupkan kembali nostalgia ‘Sarkas 1903’

Menghidupkan kembali nostalgia ‘Sarkas 1903’

NEW YORK – Selamat datang di dalam persembahan pertunjukan Sarkas 1903, begitulah simbol pertama barisan ayat-ayat pada satu ketika dahulu semasa zaman kegemilangan sarkas tersebut.

Baru-baru ini, beberapa ekor gajah yang pernah gemilang melalui beberapa persembahan sarkas telah dipamerkan dan sedang dalam proses dihidupkan semula oleh beberapa penggiat seni kreatif.

Dikenali sebagai Barnum dan Bailey Circus, kedua-dua ekor gajah ini mungkin sudah bersara dalam bidang persembahan sarkas dan menjadi satu ikonik binatang besar yang berupaya membuat satu persembahan di atas pentas.

Kegemilangan Sarkas 1903 itu akan terus diperkenalkan kepada orang ramai di Amerika Syarikat dan dibuat besar-besaran pada tahun depan. Dua ekor ikonik besar itu akan dipamerkan dan dicipta dengan menggunakan dalang-dalang dan dibuat oleh pereka objek besar serta penggiat seni objek kreatif. Penggiat ini akan berupaya menjadikan dua ikonik seperti hidup kembali dan masih dalam proses pembuatan.

“Ia akan berpotensi sebagai satu boneka yang benar dan ikonik ini akan dibina dengan cara yang betul-betul menyerupai seperti seekor gajah yang benar dan dapat melakukan apa sahaja bentuk aksi yang diarahkan oleh pengarah sarkas nanti.

Menurut sejarah, kegemilangan sarkas itu disebabkan oleh dua ekor gajah yang berupaya melakukan pelbagai aksi menarik untuk menghiburkan para penonton.
Menurut sejarah, kegemilangan sarkas itu disebabkan oleh dua ekor gajah yang berupaya melakukan pelbagai aksi menarik untuk menghiburkan para penonton.

Gajah-gajah ini akan hidup, bernafas dan akan kelihatan seperti benar-benar hidup malah berkemungkinan besar anda tidak akan menyedari sebenarnya ia adalah satu boneka,” kata Penerbit Kreatif dan Eksekutif rancangan tersebut, Simon Painter kepada wartawan AP.

Taman gajah ini akan menjadi sebahagian daripada pertunjukan yang cuba untuk menangkap kembali keajaiban dan kehebatan sebuah sarkas pada awal abad yang lalu yang mana ketika itu mempersembahkan pelbagai persembahan yang menakjubkan seperti penjugel kaki, contortionists, acrobat, mencampakkan pisau, teeterboarders, penghibur wayar tinggi dan stuntman melalui penggunaan basikal. Rancangan ini sedikit sebanyak akan memperkenalkan lagi kehebatan sarkas itu pada satu ketika dahulu di Amerika Syarikat terutama sekali di wilayah Los Angeles.

Menghidupkan kembali budaya sarkas

Persembahan sarkas bagi menghidupkan kembali Sarkas 1903 itu akan dipersembahkan kepada orang ramai pada 14 Februari tahun depan di Teater Pantages dan akan meneroka ke beberapa wilayah di Amerika Syarikat seperti Boston, Chicago, Dallas, Detroit, Denver dan akhir sekali di New York City. Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan sarkas itu telah mula dijual kepada orang ramai baru-baru ini.

Simon Painter sudah memang terkenal sebagai seorang yang berjaya khususnya dalam mengendalikan francais kumpulan super ahli silap mata beliau yang lebih dikenali sebagai ‘The Illusionists’ dan beliau berharap untuk memulihkan semula beberapa pertunjukan silap mata yang sememangnya terkenal pada satu ketika dahulu. “Pelbagai gaya dan aksi persembahan boleh ditunjukkan dan ia perlu di depan dan di kedudukan yang betul,” tambah Simon kepada wartawan AP.

Rancangan untuk menghidupkan kembali sarkas ini adalah untuk satu percubaan Jettison iaitu seorang pemacu Cirque Du Soleil yang gemilang dengan pelbagai aksi sarkas yang menarik untuk memimpin pertunjukan itu nanti agar ia akan meninggalkan kesan yang dalam kepada penonton. “Setiap individu perlu cekap dan ria untuk memenangi hati orang ramai dan setiap persembahan yang menarik harus diadakan sebelum persembahan ditutup,” tambah Jettison kepada wartawan AP.

Sejarah yang gemilang

Simon Painter bersama dengan pasukannya sedang melakukan beberapa rundingan untuk mendalami lagi dengan lebih dalam sejarah sarkas tersebut.

 Kegemilangan sarkas 1903 itu akan terus diperkenalkan kepada orang ramai di Amerika Syarikat dan dibuat besar-besaran pada tahun depan. – AP
Kegemilangan sarkas 1903 itu akan terus diperkenalkan kepada orang ramai di Amerika Syarikat dan dibuat besar-besaran pada tahun depan. – AP
Taman gajah ini akan menjadi sebahagian daripada pertunjukan yang cuba untuk menangkap kembali keajaiban dan kehebatan sebuah sarkas pada awal abad yang lalu. – AP
Taman gajah ini akan menjadi sebahagian daripada pertunjukan yang cuba untuk menangkap kembali keajaiban dan kehebatan sebuah sarkas pada awal abad yang lalu. – AP

Menurut sejarah, kegemilangan sarkas itu disebabkan oleh dua ekor gajah yang berupaya melakukan pelbagai aksi menarik untuk menghiburkan para penonton iaitu Barnum dan juga Bailey. Dua ekor gajah ini sangat terkenal dan sering menerima liputan daripada media sama ada media tempatan dan juga media antarabangsa.

Gajah-gajah sarkas ini telah mengembara hampir setiap hari dan mengembara bersama-sama dengan ahli sarkas yang lain. Menurut sejarah, sarkas tersebut telah berjaya mengumpulkan sekitar 1,200 pembuat persembahan, 200 buah kereta dan juga 700 ekor pelbagai jenis binatang persembahan.

“Cara yang hebat untuk membuatkan anda ingin datang dan menyaksikan persembahan mereka adalah dengan menjanjikan satu persembahan yang amat luar biasa dan tidak terlintas di bayangan imaginasi sesiapa dan sebenarnya itulah apa yang kami ingin cuba lakukan dan kami telah berusaha secara besar-besaran untuk membawa situasi itu sama seperi mereka lakukan lebih daripada 100 tahun yang lalu,” kata Simon Painter kepada media.

Ramai daripada pembuat persembahan sedang melakukan pelbagai aksi latihan dan sebenarnya berasal daripada keluarga dalam bidang yang sama pada tahun 1903 dahulu dan kepakaran itu diturunkan dari generasi kepada satu generasi yang lain setelah 100 tahun yang lalu.

Namun Simon juga tidak lari untuk melatih dan mengajar beberapa pembuat persembahan yang baru dan membawa satu helah yang terkini dengan bermain pelbagai bentuk imaginasi hebat.

“Setahu saya inilah persembahan yang jujur sekali dan saya impikan setelah 15 tahun yang lalu dan kini ia telah direalisasikan,” tambah Simon mengakhiri temu ramah.

Selain Painter, pertunjukan tersebut nanti akan dijalankan bersama dengan Tim Lawson dan juga MagicSpace Entertainment. – AP

ARTIKEL YANG SAMA