Menghidupkan suasana masjid

Menghidupkan suasana masjid

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 14 Okt – Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Penanjong semalam telah mengadakan ceramah agama bersempena Sambutan Awal Tahun Baru 1438 Hijrah bertempat di Masjid Kampung Penanjong, di sini.

Hadir di majlis itu ialah Penasihat AJK Masjid Kampung Penanjong, Dato Paduka Haji Ahmad bin Kadi; ahli-ahli takmir masjid, Muslimah serta penduduk Kampung Penanjong.

Majlis pada malam itu diisi dengan ceramah khas yang disampaikan oleh penceramah Pusat Dakwah Islamiah, Awang Isham bin Ismail yang membawa tajuk ceramah ‘Harta Berkat Negara Sejahtera’.

Antara yang menghadiri di Ceramah Khas Sambutan Tahun Baru Hijrah 1438 di Masjid Kampung Penanjong.
Antara yang menghadiri di Ceramah Khas Sambutan Tahun Baru Hijrah 1438 di Masjid Kampung Penanjong.
Awang Isham menyampaikan ceramah bertajuk ‘Harta Berkat Negara Sejahtera’.
Awang Isham menyampaikan ceramah bertajuk ‘Harta Berkat Negara Sejahtera’.

Majlis juga diselajurkan laungan Dikir Marhaban bagi meraikan sembilan orang jemaah haji kampung berkenaan yang telah menunaikan ibadah haji tahun ini.

Majlis pada malam itu merupakan salah satu aktiviti tahunan AJK Takmir Masjid Kampung Penanjong bagi menyambut sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1438 di samping mengimarahkan masjid dan merapatkan hubungan silaturahim antara AJK takmir masjid dengan penduduk Kampung Penanjong.