Mengimbas kembali sejarah India melalui lensa fotografi dan lukisan

Mengimbas kembali sejarah India melalui lensa fotografi dan lukisan

Oleh Nagma M.Mallick

Kedutaan Besar India di Negara Brunei Darussalam

 

INDIA yang mempunyai sejarah yang lama telah banyak meninggalkan kekayaan monumen yang indah daripada era yang berbeza-beza. Utara India terkenal dengan tinggalan monumen yang banyak dan tersohor walaupun mengalami cuaca kering dalam tempoh setahun namun masih terdapat banyak bilangan bangunan batu yang mampu dipelihara dengan begitu sempurna. Perjalanan liku sejarah India melalui kebangkitan dan kejatuhan dinasti-dinasti, perubahan gaya seni bina, kedatangan orang baru, sistem pentadbiran dan aliran pemikiran boleh dilihat secara sekali imbas menerusi monumen-monumen ini. Terdapat pelbagai monumen yang dapat dilihat seperti bangunan keagamaan, masjid, kuil dan gereja serta keadaan sebuah kota bersama dengan struktur imperial, bangunan makam mengenang maharaja-maharaja dan maharani-maharani zaman dahulu dan tidak ketinggalan istana-istana balairung diraja masa lalu mampu dikenang kembali.

Perjalanan liku sejarah melalui lensa rakaman bergambar ini adalah satu perkara yang munasabah bagi para pencinta seni dan sejarah malah lensa-lensa rakaman ini akan dipamerkan di Muzium Teknologi Melayu Brunei bermula pada 1 Disember hingga 14 Disember ini dan pameran ini bertemakan, ‘Historical Monuments of India’. Pameran ini akan memperkenalkan dua koleksi iaitu 24 koleksi cat air yang bertajuk ‘Monumen India’ dihasilkan oleh seorang pelukis berbakat dari Kolkata, Kashinath Das dan 44 koleksi gambar oleh jurugambar terkenal India, Benoy Behl yang bertajuk ‘Monumen Islam India.’

Salah satu monumen yang paling awal dipaparkan dalam pameran ini ialah ‘Ellora Cave’ pada abad ke-6. Lukisan ini terkenal sebagai sebuah lukisan yang bertemakan agama Buddha dan terletak di negeri barat India, Maharashtra. Kemudian, siri-siri kuil dibentuk dengan batu yang diikuti dari negeri Timur, Orissa termasuklah ‘Sun Temple’ (Kuil Matahari) di Konark dan Kuil Khajuraho di Tengah India. Kemunculan sultan-sultan Islam di Delhi pada abad ke-12 telah melahirkan satu permulaan seni bina Indo-Islam bersejarah yang telah mencapai kemuncaknya di bawah Mughals pada abad ke-17.

Contoh paling awal yang ketara ialah Qutub Minar, sebuah menara tinggi yang dibina di Delhi pada lewat abad ke-12 ekoran tradisi satu menara Asia Tengah. Gaya gabungan ini ada kalanya dipanggil sebagai gaya Indo-Saracenic dan ia kelihatan cantik dalam menyatukan elemen seni bina tradisional pengukiran batu India, rekaan teratai, elemen Asia Tengah baru, seni bina kubah menarik tradisional Islam atau lebih dikenali sebagai Persia. Olahan gaya dalam mencorakkan batu kelihatan berharga dengan penggunaan teknik pietra dura dan gaya ini mengagumkan ibu negara-negara kota, bangunan makam, masjid dan istana yang dibina pada abad-abad yang seterusnya.

Jami Masjid, Fatehpur Sikri dibina oleh Maharaja Akbar pada abad ke-16.
Jami Masjid, Fatehpur Sikri dibina oleh Maharaja Akbar pada abad ke-16.

Antara contoh yang terbaik ialah seperti Makam Hunmayun, laluan pintu besar kota Maharaja Akbar, Buland Darwaza (Imej utama dalam bahan publisiti pameran) dan memorial cantik dalam batu mar-mar, Taj Mahal.

Gambar-gambar monumen Islam, memperlihatkan perkembangan penuh dan kelainan serantau dalam gaya ini. Jurugambar itu mula menunjukkan kita masjid abad ke-13, Masjid di Junagadh, Gujarat di Barat India, masjid-masjid abad ke-14 di Bidar, Karnataka di Tengah India dan tempat suci Sufi di Srinagar, Kashmir, negeri timur jauh India. Dia kemudian menonjolkan monumen abad ke-16 dan masjid-masjid Syed dan Lodhi Sultan di Delhi dan masjid Sultan Ahmad Shah di Gujarat, di mana bandar Ahmadabad diberi nama sempena nama baginda. Namun penghormatan penuh kepada baginda diberikan kepada kemekaran luar biasa – dalam seni bina, lukisan, muzik, tarian, puisi, pembuatan tekstil dan kesusasteraan budaya yang dicapai oleh empayar Mughal pada kemuncaknya di ibu negaranya, pertama Agra kemudian Delhi dalam abad ke enam belas dan ketujuh belas.

Kota Agra, kota Merah di Delhi, makam Maharaja Akbar di Sikandra, bangunan berlainan di Fatehpur Sikari, bandar istana yang dibina oleh Mahraja Akbar kesemuanya digambar dengan tumpuan perincian. Taj Mahal telah dirakamkan dalam banyak suasana.

Sesetengah negara beraja Deccan – Bidar, Golconda, Biijapur, dengan pengaru Persia – memaparkan keunikan seni binanya.

Pameran cat air memaparkan aspek gabungan gaya yang lain seperti kubu-kubu dan istana-istana besar pemerintah-pemerintah Hindu Rajput di barat India adalah satu lagi pengulangannya. Dengan demikian Kubu Mehrangarh besar di Jodhpur, Kubu Amber di Jaipur dan Istana Bandar di Udaipur kesemuanya dilukis dengan cukup berhati-hati dengan cat air.

Taj Mahal, Agra, dibina pada abad ke-17.
Taj Mahal, Agra, dibina pada abad ke-17.
Kuil Khajuraho, terletak di tengah India, dibina pada abad ke-10.
Kuil Khajuraho, terletak di tengah India, dibina pada abad ke-10.

Akhirnya, elemen-elemen seni bina Eropah telah memasuki India melalui gereja-gereja buatan orang Portugal di Goa pada abad ke-16 dan apa yang dipaparkan pada pameran – Britain dan pembangunan gaya imperial seni binanya di benua kecil India. Seni bina penjajah atau imperial ini, dipaparkan dalam beberapa cat warna, bermula dengan secara eksklusif elemen Britain namun tidak dapat bertahan lama tanpa pengaruh daratan lama yang mana ia menurunkan asasnya. Pada tahap tingginya – dalam bangunan kerajaan Sekretariat merah jambu yang dibuat daripada batu pasir di New Delhi, arca-arca memorial dan terutamanya di Viceroy’s House di Delhi, Rashtrapati Bhavan hari ini tempat kediaman Presiden India – motif agama Buddha, Hindu dan Islam dan elemen stilistik banyak tamadun sebelumnya. Kubah tengah di atas Viceroy’s House, tempat sebenar kuasa jajahan di British India, adalah kubah Buddha bermodelkan pada abad ke-3.

Saya percaya semua penggemar seni dan para pelajar di Brunei akan berminat dan terpesona oleh lapisan demi lapisan sejarah dan seni yang ditunjukkan di pameran ini, yang mana beberapa monumen adalah mempamerkan puisi kecantikan dan cinta, yang lain melambangkan kekuasaan empayar, sementara yang lain adalah ruang bagi tempat sembahyang yang sepi.

Rakyat Brunei akan mendapati ciri-ciri warisan yang kami kongsikan di kubah dan menara masjid, dalam motif tamadun cabang Sanskrit sebelumnya dan dalam bangunan kerajaan yang baik buatannya pada era lebih kontemporari.

Pameran dibukakan kepada semua. Berkunjunglah menyaksikan sendiri pameran ini kerana ia adalah perkara terbaik seterusnya untuk melawat India!