Meningkatkan kemudahan bagi hak asasi

Meningkatkan kemudahan bagi hak asasi

BEIJING, 8 Jun – Dengan meningkatkan perkhidmatan perpustakaan di kawasan pedalaman dan pawagam tertutup serta beberapa lagi informasi, kerajaan China memuji rekod hak asasi manusianya di laporan hari ini, dalam usaha terbarunya memesongkan kritikan daripada pihak Barat.

Sementara pemimpin-pemimpin kanan saban kali menjanjikan demokrasi warga dan hak asasi, dalam tempoh dua tahun kebelakangan di bawah pimpinan Presiden Xi Jinping telah menandakan tindakan keras pada anasir-anasir penentang dan para aktivis.

China telah lama menolak kritikan rekod hak asasi, mengatakan menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal dan pembangunan ekonomi adalah lebih relevan dalam pembangunan negara, menunjukkan kepada kejayaan dalam menaikkan jutaan daripada kemiskinan.

Agensi berita tempatan Xinhua menyatakan kertas putih, yang dikeluarkan oleh Pejabat Majlis Maklumat Negara, mengesahkan “Corak unik China melindungi hak asasi manusia”.

Akhbar itu menyatakan China menunjukkan peningkatan dalam “menghormati kebebasan bersuara, jaminan kebebasan beragama kepada etnik minoriti dan memberikan rakyat hak keadilan perbicaraan”.

Hak kumpulan antarabangsa menolak kenyataan tersebut. Dalam tahun terdekat, kerajaan telah menahan puluhan warga Cina akibat menentang dan puak Tibet dan Uighur telah merungut mengenai penyalahgunaan hak.

Laporan menyatakan “kawasan etnik minoriti telah memajukan servis sistem kebudayaan awam”, menunjukkan 104 stesen radio dan televisyen di kawasan etnik otonomi. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA