Meningkatkan pengetahuan kursus pengurusan jenazah

Meningkatkan pengetahuan kursus pengurusan jenazah

Oleh Normazlina M.D

 

BAGI meningkatkan pengetahuan dalam cara-cara menguruskan jenazah, Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Masjid-Masjid Zon 2 Daerah Tutong dengan kerjasama ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Menengah, Tutong kelmarin mengadakan Kursus Fardu Kifayah selama tiga hari yang mana sudah pun bermula pada 16 Mei yang lalu di Masjid Kampung Menengah, Tutong.

Tenaga pengajar kursus ini disampaikan oleh pegawai-pegawai hal ehwal masjid yang terdiri daripada Haji Mohd. Aidil Sufian bin Mohd Yassin, Haji Mahri bin Haji Metusin dan Dayang Sariah binti Mohd Daud.

Adapun objektif Kursus Fardu Kifayah ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dalam cara-cara pengurusan jenazah, agar peserta-peserta kursus berpengetahuan menguruskan jenazah apabila berlakunya kematian serta dapat memahirkan diri dengan cara pengurusan mengikut syarak dan meninggalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak.

Antara isi kandungan kursus adalah menerangkan pengenalan tentang pengurusan jenazah, memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, menyembahyangkan jenazah, menguburkan jenazah dan seterusnya membincangkan tentang permasalahan dalam pengurusan jenazah.

Semasa Kursus Fardu Kifayah dijalankan di Masjid Kampung Menengah, Tutong.
Semasa Kursus Fardu Kifayah dijalankan di Masjid Kampung Menengah, Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA