Menjunjung kasih dengan Kurnia Peribadi KDYMM

Menjunjung kasih dengan Kurnia Peribadi KDYMM

Oleh Normazlina M.D

Gambar Oleh Sim Y.H

 

TUTONG, 28 Jun – Pengurniaan Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan jelas menunjukkan keprihatinan Baginda Sultan terhadap rakyat dan penduduknya, termasuklah warga emas, orang berkeperluan khas, anak-anak yatim, fakir miskin dan ramai lagi yang turut menerima Kurnia Peribadi Baginda Sultan.

Salah seorang penerima daripada orang bekerperluan khas, Dayang Jurah binti Tengah, 63, berasa berbesar hati dan menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebab memberi mereka keringanan dan ini menunjukkan keprihatinan Baginda kepada rakyat dan penduduknya yang memerlukan.

“Dengan adanya keprihatinan Baginda, Kami selalu mendoakan kesihatan Baginda dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam,” kata Dayang Jurah yang tinggal di Kampung Keriam.

Beliau yang mula menerima Kurnia Peribadi Baginda Sultan pada tahun 2012 sehingga kini berasa amat bertuah kerana kebajikan mereka sebagai orang berkeperluan khas tidak ketinggalan menerimanya.

Beliau berharap agar mereka akan sentiasa diberi perhatian, dorongan dan juga diberikan semangat walaupun mempunyai kecacatan, jelas Dayang Jurah dan menurutnya lagi, Kurnia Peribadi Baginda ini digunakan untuk keperluannya pada masa akan datang.

Awang Bulat bersama isterinya, Dayang Rosni pada majlis berkenaan.
Awang Bulat bersama isterinya, Dayang Rosni pada majlis berkenaan.
Dayang Ukong menjunjung kasih kehadapan majlis Baginda Sultan atas kurnia peribadi Baginda Sultan.
Dayang Ukong menjunjung kasih kehadapan majlis Baginda Sultan atas kurnia peribadi Baginda Sultan.
Dayang Jurah ketika ditemui oleh Media Permata.
Dayang Jurah ketika ditemui oleh Media Permata.

Sementara salah seorang warga emas berbangsa Iban, Ukong anak Manai, dari Kampung Binutan merasa amat gembira kerana turut dipanggil menerima Kurnia Peribadi Baginda Sultan tanpa mengira bangsa dan agama.

Pengurniaan Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ini melambangkan Baginda Sultan sangat prihatin dan mementingkan kebajikan rakyat serta penduduknya di Negara Brunei Darussalam.

Beliau ingin mengucapkan setinggi penghargaan menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kerana memberi kurnia peribadi Baginda bagi membantu orang-orang ramai yang memerlukan tanpa mengira umur, bangsa, dan agama.

Sebahagian daripada penerima kurnia peribadi Baginda Sultan.
Sebahagian daripada penerima kurnia peribadi Baginda Sultan.
Pendaftaran para penerima kurniapPeribadi Baginda Sultan Daerah Tutong.
Pendaftaran para penerima kurniapPeribadi Baginda Sultan Daerah Tutong.

Seorang warga emas yang memerlukan bantuan di bawah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Bulat bin Jamaluddin, 76 tahun, turut menerima kurnia Peribadi Baginda Sultan buat pertama kalinya.

Menurut isteri Awang Bulat, Dayang Rosni binti Badau, memandangkan suaminya menghidap sakit dan tidak mempunyai pekerjaan, mereka berasa terharu kerana dipanggil untuk menerima Kurnia Peribadi Baginda buat pertama kalinya.

“Alhamdulillah atas kurnia peribadi ini, sekurang-kurangnya ia akan dapat meringankan beban kami sekeluarga terutama dalam sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri dan selebihnya akan disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang,” kata Dayang Rosni yang datang membawa suaminya.

Beliau ingin mengucapkan setinggi menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kerana memberi mereka kurnia dan mendoakan kesejahteraan Baginda agar dipanjangkan usia Baginda dan kaum kerabat Baginda dan kekal karar memerintah negara.

ARTIKEL YANG SAMA